Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik
Astro Awani | Kemas kini: Mac 30, 2014
KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.
Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.
“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.
Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.
“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 30, 2014 15:28 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- P3 Orion hentikan carian MH370 untuk respons kepada isyarat kecemasan
- MH370: Kapal China dan Australia kutip beberapa objek termasuk sampah
- MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang
- Detik paling sukar bagi Hishammuddin
- MH370: Tiada keperluan bagi Malaysia mohon maaf sekarang, kata Hishammuddin
No comments:
Post a Comment