ARKIB : 05/02/2014
A.Aida belanja besar
Bagi penerbit drama A.Aida, jika dia mengambil kisah tentang itu semua, sudah pasti dia tidak mampu melangkah jauh.
Syarikat miliknya, A.Aida Production Sdn.Bhd., kini adalah di antara produksi yang aktif menerbitkan drama dan telefilem untuk stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 serta stesen di bawah naungan Media Prima Berhad.
Alhamdulillah, setakat ini rezeki tidak pernah putus walaupun sekarang ini sedikit 'kekeringan' kerana berbelanja besar untuk rumah.
Bukan apa, wang simpanan yang saya kumpul selama dua tahun bekerja keras itu telah saya laburkan untuk mengubahsuai rumah yang saya diami sekarang," katanya yang ditemui di Taman Ukay Perdana, pada majlis doa selamat sempena mendiami rumah baharu.
Jelas ibu kepada Wan Az Aleesa, 18, Wan Azevanatassha, 13, dan Muhammad Rahul, 6, dia mula mendiami rumah baharu itu sejak sebulan yang lalu.
Khabarnya rumah tiga tingkat yang dibelinya itu berharga enam angka dan kos ubahsuai melebihi itu.
Ketika diaju soalan itu, A.Aida hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut tentang kos pembelian rumahnya.
Tak tahulah pula bila ubahsuai, kosnya lebih mahal daripada kos beli rumah.
Ssegala ubahsuaian dibuat mengikut cita rasa saya yang telah lama diidam-idamkan. Memang puas hati apabila tengok rumah siap, lagipun ini adalah istana kami anak beranak," katanya terus terang.
Sebagai penerbit dan penulis skrip yang prolifik, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 44, tidak bimbang walaupun simpanannya susut sedikit.
Menurut A.Aida, selama ini pun punca pendapatannya tidak hanya bergantung kepada penerbitan drama bersiri atau telefilem semata-mata.
Sebaliknya, dia juga memperoleh pendapatan berdasarkan sewaan peralatan penggambaran sebanyak lima unit, pengangkutan (10 buah van) dan suntingan yang digerakkan di bawah nama syarikatnya itu.
Kalau dari segi penerbitan drama, kos yang saya guna kurang berbanding rakan-rakan lain kerana semua menggunakan peralatan sendiri.
Namun saya tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan kos besar untuk sesebuah drama kerana sebagai penerbit saya lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Setakat ini stesen televisyen tahu hasil kerja produksi saya," katanya tanpa berselindung.
Bercakap tentang kerja, jelasnya, dia sekarang sibuk menyiapkan skrip untuk slot Senda Pagi sebanyak 20 episod di TV3, dan untuk RTM, Si Qudus, 13 episod.
Tiap kali menulis skrip, saya sudah bayangkan siapa pelakonnya. Sebab itu kadang-kadang saya terpaksa mempertahankan pelakon pilihan kalau mereka tidak menjadi pilihan stesen televisyen.
Saya akan beritahu, setiap watak yang dicipta sesuai dengan nama yang dicadangkan, ada ketikanya permintaan saya dilayan dan waktu lain tidak dilayan. Biasalah dalam bidang pekerjaan, perlu ada tolak ansur," katanya yang sering diminta berlakon kembali.
Jelas A.Aida, memang ada yang tawarnya untuk berlakon, tetapi buat masa sekarang tumpuannya lebih kepada kerja-kerja belakang takbir.
Katanya, dia tidak mahu membebankan fikiran dengan pelbagai perkara dalam satu masa.
Bukan tidak boleh berlakon, cuma saya tidak mahu terkejar-kejar apabila banyak benda nak dilakukan. Sehingga kini, saya lebih senang menjadi penulis skrip dan penerbit. Bagilah orang lain berlakon," jelasnya.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140205/hi_03/AAida-belanja-besar#ixzz2sVp2EdeF
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment