'Sampai hati kau bunuh anak aku'
Tarikh: February 27, 2014
SUNGAI BULOH – “Saya terkejut dan tidak sangka, dia sanggup bunuh anak saya,” luah Selvan Joseph, 44, bapa kepada dua kanak-kanak lelaki yang dibunuh sewaktu ditemui media di perkarangan bilik mayat Hospital Sungai Buloh, semalam.
Selvan berkata, sehari sebelum kejadian, mereka sekeluarga makan bersama dengan pembantu rumah itu yang dikenali sebagai Agnes.
“Wanita itu sangat mesra dan menyayangi kedua-dua kanak-kanak itu, serta tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang bekerja sejak kira-kira dua tahun lalu, malah dia juga fasih berbahasa Mandarin,” katanya.
Selvan yang bekerja sebagai Perunding bebas Teknologi Maklumat itu berkata, selepas berpisah dengan isteri pertama, kedua-dua kanak-kanak itu berada di bawah jagaan isteri keduanya sekarang.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa, Koay Jia Hong, 5, dan adiknya, Melvin Selvan Joseph, 1, tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu.
Kedua-dua kanak-kanak itu dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum wanita itu membunuh diri dengan turut mengelar lehernya.
Kejadian tragis itu hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam. Mayat Melvin dan pembantu rumah warga Indonesia dijumpai berlumuran darah di bilik
pembantu rumah manakala mayat seorang lagi anaknya, Koay Jia Hong di tingkat atas.
Sementara itu, Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia bagi mengenal pasti identiti pembantu rumah berkenaan kerana setakat ini tiada dokumen perjalanan milik wanita itu ditemui.
“Kita tidak tahu siapa wanita itu dan bagaimana dia memasuki Malaysia kerana difahamkan dia tidak mempunyai dokumen.
“Kita cuba mengesan warisnya, sebelum dibawa pulang ke Indonesia,” katanya.

No comments:
Post a Comment