Sunday, 23 February 2014
Pernah melalui episod perceraian pada 2009, dia kemudian dikejutkan dengan kehilangan pasangan duet yang juga sahabat baiknya, Achik Spin akibat kemalangan, setahun kemudian.
Pada tahun 2011, dia sekali lagi dilanda kesedihan apabila bekas suaminya, Faizal Yusup meninggal dunia akibat serangan jantung.
Secara tidak langsung, anaknya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie kehilangan insan bergelar bapa dalam usia yang masih kecil.
Siti Nordiana Belum Temui Pengganti
Sehingga kini, Siti Nordiana masih belum menemui jejaka yang dapat mengisi kekosongan hati selepas beberapa tahun berlalu, memetik Berita Harian.
Bukan serik, sebaliknya dia hanya mahu lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti dapat membimbingnya ke arah kebaikan.
Siti Nordiana juga berharap agar bakal suaminya dapat menerima anaknya seperti anak sendiri.
Sememangnya bukan mudah bergelar ibu tunggal, namun kami doakan semoga suatu hari nanti ada jejaka yang akan muncul memberikan cahaya baru pada kehidupan penyanyi ini dan anaknya.
No comments:
Post a Comment