#NAJIB_BELI_NEGARA_ASING!
Asyik dengar Najib jual negara kepada China je kan? Naik bosan dan boring. Jom kita tengok Najib beli negara lain plak. π
Korang nak tau...kalau ikut sifir macai2 pembangkang, Malaysia dah beli UK, Singapore, Mexico, Mekah dan Turki uolssss....
Maklumlah...takat 14% pemilikan projek pada China macam Bandar Malaysia pun macai kata negara dah tergadai. Inikan pula projek2 milik Malaysia berikut:
1. Pembangunan Bandar Baru Battersea, UK.
Malaysia menjadi pelabur utama dan sedang memajukan dan membina bandar baru di atas tanah utama UK seluas 42 ekar. Malah terkini Malaysia bakal membeli Battersea Power Station dgn nilai 1.6 billion pound yang bakal menjadi sejarah urusniaga hartanah terbesar di bumi UK mengatasi pembelian Walkie Talkie Skyscraper oleh Hong Kong!
Punyalah gempak pembangunan bandar ni Malaysia buat sampai Apple Inc akan buka HQ depa di UK di Battersea. UK dah dijajah Malaysia uolsss....π€£π€£π€£π€£
2. Malaysia bakal membeli tanah2 di Mekah, Madinah dan Jedah. Nilai hartanah Mekah adalah yang paling tinggi di dunia malah nilai kaki perseginya lebih mahal dari New York. Juga Arab Saudi tidak pernah menjual tanah di Mekah dan Madinah kepada pihak luar. Malaysia adalah negara pertama yang dapat hasil hubungan baik DS Najib dgn King Salman. Gempak giler kan???
Saudi dah gadai Tanah Haram pada negara asing uolssss.... π€£π€£π€£π€£
3. Marina One dan DUO adalah dua pembangunan ultra moden di Singapura. Ia dikenali sebagai Singapore Exchange. Projek ini dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60% dan baki 40% dimiliki oleh Singapura melalui Temasek Holdings.
Gila wey!!! Singapore dah gadai negara depa kepada kita. π€£π€£π€£π€£
4. Lapangan terbang antarabangsa Turki Istanbul Sabiha Gokchen (ISG) kini adalah milik Malaysia.
Hangpa bayang...pintu masuk negara depa dimiliki oleh negara asing! Erdogan dah jual negara pada Najib kan? π€£π€£π€£π€£
Cuba kalau China miliki KLIA2 takat 5%....habis wey....macai kata semua staf airport dari kakitangan kaunter sampai tukang cuci jamban adalah warga China dan cakap Mandarin je lepas tu. Polis pun polis Negara China (PRC) tau. ππππ
5. Malaysia dah ada blok carigali minyak kat Gulf of Mexico guys....
Blok 6 ni cover kawasan seluas 559 km persegi, hampir 4/5 keluasan Singapura!
Memanglah pemilikan adalah 50:50 antara kita dan Ecopetrol milik Colombia, tapi kalau ikut sifir cai, Bandar Malaysia yg pada asalnya 14% projek milik China pun dah dikira jual negara. Apatah lagi 50% kan? π€£π€£π€£π€£
6. Malaysia dah sign MOU dengan Indonesia untuk membangunkan Greater Jakarta uolsssss....
Dari nama pun dah tau. Greater Jakarta adalah sama dengan Greater KL iaitu projek pembesaran, pemodenan dan perluasan bandaraya kosmopolitan. Singapore Exchange sama dengan Tun Razak Exchange. Unsur2 penjajahan Najib amat jelas. Malaysia diberi kepercayaan utk majukan kawasan seluas 500 hektar dengan projek bernilai RM 3.5 billion! Jahat kan Najib? Indonesia pun kena ‘jajah’. π€£π€£π€£π€£
Banyak lagi hartanah2, projek2 milik kita dan investment2 kita di luar negara uolssss....
Semua ni pelaburan2 maha strategik yang menjana keuntungan berbillion2 ringgit buat negara.
Zaman Atok dulu mana ada pelaburan strategik macam ni. Dia pi labur kat FOREX sampai bankrap Bank Negara Malaysia sebab 32 billion ringgit hangus. Atok pun rajin labur pada projek anak2 dia dan kroni. Bank Negara bankrap, tapi kroni2 Atok boleh beli Bank di Swiss. π€£π€£π€£π€£
Beli Lotus dgn MV Augusta? Apa manfaat pada negara pun tak tau. Semua projek rugi. Berterusan Proton rugi dan langsung takde kemajuan dalam R&D. Balik2 ambik kereta Jepun, tukar lambang dan modify sikit2, lepas tu ngaku kereta nasional. Bila tak laku paksa kerajaan suntik modal untuk rugi lagi. Cam haram.....
ππππ
Sebarkan fakta ini
#BersatuBasmiFitnahCai
#NegaraKru
Thursday, 26 April 2018
Monday, 23 April 2018
*ASSALAMUALAIKUM*
*Ramai kata Tun M byk habiskan wang negara selama 22th jadi PM.* Nak tanya juga kat mereka tu. Wang negara Tun habiskan dari mana datangnya sedangkan sbelum *Tun jadi PM 1981* mana negara ini ada duit yg banyak utk Tun habiskan. Kalau Tun habiskan pastinya semua dlm senarai di bawah ni kita tidak dpt lihat sekarang.
22 Tahun Zaman Tun M
1. Proton
2. PLUS
3. Besraya Highway
4. NKVE
5. KESAS
6. Besarkan Seremban KL Highway
7. 2nd Link
8. KLIA
9. Jambatan PP
10. Litar Sepang
11. Kompleks Sukan Bukit Jalil
12. Putra LRT
13. Star LRT
14. Komuter
15. Monorel
16. ERL
17. Pembesaran Pasir Gudang Port
18. West Port
19. Tanjung Pelepas Port
20. Smart Tunel
21. KL Tower
22. Daya Bumi
23. Produa
24. Modenas
25. Putrajaya
26. Masjid Wilayah
27. Masjid Putra
28. UTP
29. UIA
30. UUM
31. MMU
32. Cyberjaya
33. KLCC
34. Langkawi
35. Puluhan Masjid2 baru
36. Ratusan Surau2 baru
37. Hospital2 baru
38. Puluhan Sekolah2 baru
39. Puluhan Balai Polis baru
40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru
41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan.
42. PICC
43. Ratusan lagi
44. Dgn semua dibelanjakan utk semua diatas Tun masih mampu banyakkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan kerajaan mampu byr gaji, tiada cukai gst bantuan subsidi bantuan rakyat termiskin dan juga dibidang pelajaran dan banyak lagi Tolong tambahkan jika saya tertinggal.
Semua dalam 22 tahun dan Tun skrg dah bersara 12 tahun. Apa projek mega dalam 12 tahun ini ketika bukan Tun M lagi sebagai PM? Ke mana duit2 negara selama 12 tahun dari Petronas (zaman Tun jauh lebih rendah kerajaan terima dari Petronas berbanding skrg) dan cukai2 yg dikutip kerajaan yg dikatakan jauh lebih tinggi berbanding yg pernah kerajaan kutip zaman tun?
Selepas tun m meletakan jawatan selama12 tahun, hutang negara bertambah hingga trillion aset negara dijual subsidi ditarik cukai gst setiap saat dikenakan kepada rakyat,dan banyak lagi peruntukan di tarik, tapi persoalanya mana pergi semua duit negara? Ajaibkan? Ada akal pakai bukan gadai.
*===============*
πππ
*YC RAHIM*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA*
*PH ROAD TO PUTRAJAYA*

Sunday, 22 April 2018
PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN: ISYARAT ZIONIS KEPADA KITA?
1. Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin – dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh – dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh. Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil. Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?
2. Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing – khususnya ejen perisikan Israel Mossad – yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
3. Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam. Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah. Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.
4. Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah: Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya – apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin. Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini; bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang.
5. Selain daripada hipotesis ‘Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin’, tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini. Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada rejim Zionis? Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
6. Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.
7. ‘Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis. Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam.
8. Menurut rekod, ‘Pembunuhan bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap’ di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga ‘alat politik’ untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin.
9. Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka. Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi.
10. Sebelum 2001 Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini. Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000 barulah mereka mengakui ada menjalankan ‘pembunuhan bersasar untuk pencegahan’ (preemptive targeted killing’. Sebenarnya sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka.
11. Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon. Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan pembunuhan bersasar ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet.
12. Setakat ini terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘beruntung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi ‘pembunuhan bersasar’ sebegini bukanlah asing bagi Zionis.
13. Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal. Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Friday, 20 April 2018
ππ»ππ»✨
KISAH GURU DI MAKI HAMUN.
Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada sang guru.
Sang guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.
Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"
Beberapa saat kemudian, maka sang guru bertanya kepada si murid,
*"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?"*
*"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi." jawab si murid.*
"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu." balas sang guru.
"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. *Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup."*
Kemudian, sang guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, *jika di luar sana ada orang yang marah-marah kepadamu... Biarkan sahaja… Kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu."*
*"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, ego dan sebagainya).*
Oleh itu, *jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH."*
Sang guru meneruskan *nasihatnya :*
"Jika engkau tak mungkin memberi, *janganlah mengambil."*
"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, *janganlah membenci."*
"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, *janganlah membuatnya bersedih."*
"Jika engkau tak mampu memuji, *janganlah mengeji."*
"Jika engkau tak dapat menghargai, *janganlah menghina."*
"Jika engkau tak suka bersahabat, *janganlah bermusuhan."*
*Kalam Ulama*

_Amalkan , mudah²an semua kita tetap dibawah Naungan Allah. Diberkati & DirahmatiNya._
*۞ Surah Al-Fatihah* dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
*۞ Surah Yasin* dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
*۞ Surah Dukhan* dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
*۞ Surah Al-Waqi’ah* dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
*۞ Surah Al-Mulk* dapat meringankan azab di dalam kubur.
*۞ Surah Al-Kauthar* dapat merelaikan segala perbalahan.
*۞ Surah Al-Kafirun* dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
*۞ Surah Al-Ikhlas* dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
*۞ Surah Al-Falaq* dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
*۞ Surah An-Nas* dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
share byk byk lgi ke group lain..tk rugi dapat pahala...☺

Wednesday, 18 April 2018
*π΄ Assalamualaikum w.r.tπ΄*
*π΅Berita baik kepada pencinta ilmu*
*akan diadakan:*
*πDaurah Bicara Darah Wanita.*
*✔Mengupas masalah pendarahan wanita*
*✔Memahami definisi istilah-istilah darah*
*✔Kekeliruan dalam masalah darah khususnya kaum Hawa*
*✔Soal jawab secara langsung*
*π΅Untuk mendalami keilmuan ini marilah sama-sama muslimin dan muslimat ke majlis ini yang akan disampaikan oleh:*
*⭐Al Fadhil Maulana Mansur Ismail Al-Hafiz*
*(Mudir Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling)*
*(Pengarang Kitab Bicara Darah Wanita)*
*⏩Tajuk :Bicara Darah Wanita*
*⏩Tarikh : 21/04/18(sabtu)*
*⏩Waktu. : 3.00 petang - 6.00 petang*
*⏩Bertempat:Masjid Daerah Barat Daya*
*π·Mudah-mudahan dengan kedatangan kemajlis ini mendapat faedah dan menjadikan amalan kita semua diterima Allah s.w.t*
*π(Kitab boleh didapati pada hari tersebut dengan harga RM 150*
*pendaftaran(percuma)* *Harap sebar2kan.. *sekian terima kasih*..

Friday, 13 April 2018
'apabila datang kepada kamu seorang lelaki berkepala hampir botak,bibir kemerahan,jalan berkepit seraya berkata...
"Maafkan kami di atas kesengsaraan dan penderitaan yang kamu lalui.kami berjanji akan menurunkan harga minyak dan menaikkan jumlah BRIM.
'Tolong lah bagi kami sepenggal lagi nuntuk memerintah....'
Maka hendak lah kamu menjawab dengan hati yang tenang......
"KEPALA BAPAK KAU"
πππππ

Subscribe to:
Posts (Atom)