Wednesday, 5 November 2014
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara
SEMASA
Kes liwat II: Terima keputusan dengan hati terbuka
NIZAM ZAIN
November 5, 2014
Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Semua pihak sama ada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan perlu menerima dengan hati terbuka keputusan yang bakal diumumkan hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok dalam perbicaraan rayuan kes liwat II.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan semua pihak harus menaruh kepercayaan kepada sebarang keputusan mahkamah tanpa bersikap prejudis dan tidak menimbulkan ketegangan selepas keputusan diketahui esok.
"Kita tengok keputusan dulu dan harap kita percaya kepada keputusan mahkamah, ertinya kepada kedua-dua belah pihak untuk menerimanya dengan (hati) terbuka.
"Semoga ALLAH membuka hati hakim untuk melihat sesuatu berasaskan kebenaran dan petunjuk," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang disabitkan dengan tuduhan liwat II.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery menegaskan kes liwat II hanya melibatkan Anwar dengan Saiful dan perbicaraan itu tiada berkaitan dengan kerajaan Malaysia.
"Kita tidak ada apa-apa (persediaan hadapi himpunan mega), kita rasakan bahawa dalam soal ini bukan antara kerajaan dan Anwar, ini adalah antara Anwar dan Saiful.
"Kalau Anwar didapati tidak bersalah, Saiful harus menerimanya, dan kalau dia buat salah, dia juga harus menerimanya dalam soal ini," katanya lagi.
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
Mustapa positif Umno boleh ambil alih Kelantan
Wartawan Sinar Harian
November 2, 2014
Datuk Seri Mustapa Mohamed
BACHOK – Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed positif jika gerak kerja yang sama seperti PRK Pengkalan Kubor dilaksana di seluruh Kelantan, tidak mustahil Umno dapat menambahkan bilangan kerusi di negeri ini.
Beliau berkata, amanah yang dipikul pemimpim Umno adalah setiap masa dan bukan bermusim seperti yang dilakukan sesetengah pihak.
"Kemenangan yang diperoleh ketika PRK Pengkalan Kubor yang dikendalikan Umno Bachok menunjukkan perkembangan semasa yang baik apabila dapat mengekalkan kemenangan majoriti di peti undi Jubakar.
"Jika formula yang sama dipraktikkan untuk seluruh Kelantan saya rasa kita boleh tawan Kelantan nanti.
"Masih ada masa tiga tahun untuk semua jentera berkerja keras bagi menghadapi PRU akan datang, " katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi parlimen Bachok khususnya Dun Jelawat petang tadi.
Katanya, pemimpin juga perlu mendekati pelajar seperti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk lihat sendiri cara kerja di akar umbi.
"Saya sendiri bawa mereka ke Darul Falah di Jeli. Kita bawa mereka solat jemaah bersama, ziarah jenazah, makan menu orang kampung dan sebagainya sebagai pendedahan awal untuk memastikan mereka ini mempunyai pengalaman dekati rakyat, " katanya.

Guan Eng sindir Pas?
Wartawan Sinar Harian
November 3, 2014
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dalam PR, ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’.
Menurut beliau, parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji, malahan juga tidak menunjukkan komitmen kepada pakatan.
“Itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat PR, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan. Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh presiden (parti).
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP sebagaimana yang dipetik KiniTV.
Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu. Namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas (MSU) menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun pencalonan itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan pimpinan DAP serta PKR.
Menurutnya, mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan DAP perlu memiliki prinsip dan amalan yang sama dengan parti itu.
“Saya cakap terus terang di sini kerana DAP berpegang (pada) prinsip dan sejak 1966, kita berjuang kerana prinsip dan kita tak takut berjuang bersendirian kalau perlu, demi prinsip. Kita tidak akan berkompromi. (Apa) yang penting ialah kalau kita cakap, kita mesti cakap serupa bikin,” katanya.
Guan Eng dalam ucapan sama berkata, DAP menolak sama sekali pandangan sesetengah pihak yang beranggapan PR akan berkubur tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, hidup dan mati PR bukan hanya kerana Anwar sebaliknya bergantung pada ketiga-tiga parti berpegang kepada janji dan komitmen masing-masing.
“Kalau parti dalam PR tak tunaikan komitmen mereka, tak tunaikan janji mereka, Anwar ada atau tak ada pun tak ada beza, betul?” katanya sambil disambut dengan sorakan ahli DAP yang bersetuju dengan pendapat itu.
Beliau merujuk kepada rayuan kes liwat II membabitkan Anwar yang kini sedang menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan.
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin tiada campur tangan rakan PR berkenaan keputusan Pas yang dua Adunnya kerana menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor semalam.
Katanya, beliau tidak menyokong sekiranya ada dalam kalangan dalam PR yang ingin campur tangan dengan keputusan yang telah dibuat Pas.
“Saya hormati keputusan tersebut yang dibuat mereka, orang luar tidak perlu campur tangan.
“Dan dalam hal ini, saya rasa tiada sesiapa yang campur tangan hingga keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pas memutuskan menggantung keahlian Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin selama setahun akibat tindakan mereka semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.

POLITIK
PR akan pertimbang tawaran PSM
NIZAM ZAIN
November 5, 2014
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapatkan konsensus daripada parti komponen dalam PR terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Beliau berkata, walaupun idea itu baik, namun perkara itu perlu dibincangkan antara PKR, DAP dan Pas sebelum mencapai sebarang keputusan dan pendirian untuk bersama untuk bekerjasama menumbangkan BN pada PRU14 akan datang.
"Saya perlu dapatkan konsensus dengan PR, baru kita respons dan mengadakan mesyuarat mengenainya, tetapi kita masih rapat dalam kebanyakan program kita," katanya secara ringkas kepada pemberita yang ditemui di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pendirian politik parti itu yang bersedia mengadakan pakatan pilihan raya dengan PR untuk menumbangkan BN dalam PRU14.
Keputusan itu dibuat semasa perhimpunan nasional khas dalaman pada 2 November lalu, yang menukar keputusan sebelumnya di kongres 2012 untuk menyertai pakatan pembangkang itu.
Keputusan itu dibuat seminggu selepas PSM mengumumkan akan membentuk gabungan baru - Gabungan Kiri - bersama dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Gabungan baru itu bertujuan untuk menjadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia, dan sedang berusaha menarik penyertaan aktivis sosial yang lain dan kumpulan di Malaysia Timur.
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
Subscribe to:
Posts (Atom)