Tuesday, 15 July 2014

    • Peguam: Azizah tak sesuai jadi MB sebab 'haid'

      1:15PM Jul 15, 2014
      Datuk Seri Wan Azizah Islam tidak sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan.

      Memetik peguam Umnno Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai pakar perlembagaan, New Straits Times (NST) melaporkan walaupun tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita sebagai menteri besar.
      “Ini kerana seorang menteri besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi sultan dalam acara keagamaan.

      “Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi menteri besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” Mohd Hafarizam dipetik sebagai berkata.

      Menggunakan tajuk “Azizah may not be MB”, NST melaporkan Azizah mungkin tidak mampu menunaikan tanggungjawab melibatkan keagamaan, walaupun layak bawah undang-undang tubuh, yang menyebut keperluan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

      NST melaporkan, menteri besar dilantik daripada kalangan lelaki sejak merdeka, dan menyebut bahawa Perkara 51(2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 merujuk menteri besar dalam bahasa Inggeris sebagai “he” (ganti nama lelaki).

      [Baca berita penuh]

    Pesta tonton sengsara Gaza

    Susunan Ahmad Nazri Mohamad
    Kuala Lumpur : Tidak berhati perut. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan sikap sekumpulan penduduk Israel yang bagaikan berpesta menyaksikan pengeboman tentera Zionis ke atas Gaza yang membunuh wanita dan anak kecil Palestin itu dengan tepuk tangan dan sorakan.
    Portal New York Times (NYT) melaporkan semalam, sekumpulan 12 rakyat Israel berada di puncak bukit di pinggir bandar Sderot dan menyaksikan pengeboman Gaza oleh tentera Zionis sambil duduk di kerusi pantai dan memakan bertih jagung. 
    Peristiwa itu dirakam menggunakan kamera iPhone oleh koresponden akhbar Denmark Kristeligt Dagblad, Allan Sørensen sebelum dimuat naik ke laman Twitternya dan diberi sindiran tajuk “Sderot cinema” (panggung wayang Sderot). 

    Imej itu dirakam selepas 9 malam Rabu lalu (waktu tempatan) iaitu masa yang hampir sama serangan tentera Israel yang membunuh sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin, sementara menunggu perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 Argentina bertemu Belanda.
    Foto
    PENDUDUK Sderot menonton pengeboman tentera Zionis ke atas Gaza dari bukit di bandar itu. FOTO AFP

    Gambar berkenaan telah ditweet semula lebih 10,000 kali di laman sosial. Bahkan, perbuatan menyaksikan pegeboman itu bukanlah sesuatu perkara luar biasa kerana kegiatan sama pernah dilaporkan Times of London dan laporan video TV2 Denmark mengenai sekumpulan rakyat Israel berkumpul di tanah tinggi bagi menyaksikan kemusnahan Gaza ketika Operation Cast Lead pada 2009.

    Menurut Sørensen, dia juga pernah melihat rakyat Palestin bersorak apabila mendapat berita pengeboman yang membunuh warga Israel, yang disifatkan sebagai “inilah yang berlaku”, orang awam dan pejuang di kedua belah pihak “menjalani proses penghapusan pihak musuh”. 

    Sderot terletak di dalam jangkauan roket pejuang Islam Gaza dan pernah ditembak, baru-baru ini. 

    Ketika pengguna Twitter warga Israel menuduh wartawan Denmark itu memuat naik gambar palsu, kejadian sama dirakam oleh beberapa jurugambar termasuk rakan setugas Sørensen Nikolaj Krak. 

    Krak menulis:“Bukit itu bertukar menjadi barisan hadapan panggung wayang perang realiti. Ia menawarkan pemandangan Semenanjung Gaza yang padat dihuni. Orang menyeret kerusi perkhemahan dan sofa ke puncak bukit. Ada sebahagian yang membawa bersama bertih jagung manakala yang lain menghisap hookah dan asyik bersembang. 

    Apabila bom mengenai sasarannya, Krak melaporkan, “sorakan menggamatkan bukit itu diikuti dengan tepukan gemuruh.” 

    Kehadiran penonton di 'panggung wayang Sderot’ itu turut mendapat kritikan masyarakat antarabangsa antaranya wartawan dan penyampai berita BBC Aliya Nazki melalui akaun Twitter yang menyifatkan “sesiapa saja yang meraikan kematian walau di mana saja adalah sesuatu yang keji, tak kira di pihak mana sekalipun.”
    Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/16
    Sultan Selangor murka
    Sultan Sharafuddin mengaminkan bacaan doa perasmian Masjid Pekan Sepang, Selangor hari ini.
    SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana terdapat pihak yang bertindak mempersoalkan institusi agama sehingga sanggup mencemarkan kedaulatan Islam dan istana.

    Sultan Sharafuddin bertitah demikian berikutan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif itu.

    Baginda turut membidas Ahli Parlimen tersebut yang bukan anak jati Selangor supaya mengambil langkah melengkapkan diri memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang terpakai dalam negeri ini terutama sekali Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

    “Beta berasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan pihak tertentu, sebaliknya lebih mengutamakan agenda politik sendiri dan mengelirukan masyarakat,” titahnya semasa hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Perasmian Masjid serta Sambutan Nuzul Al Quran Peringkat Negeri Selangor di Sepang hari ini.

    Pada 18 Jun lalu, Khalid mendesak kuasa eksekutif Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini dihapuskan kerana kecewa dengan tindakan Mais yang tidak mahu memulangkan kitab Bible yang dirampas walaupun sudah diarahkan berbuat demikian.

    Menurut Khalid, beliau mengharapkan agar kerajaan negeri mengkaji semula persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau Raja Berperlembagaan.

    Khalid turut berpendapat selain daripada mengganggu pentadbiran kerajaan negeri, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais boleh menyebabkan Institusi Diraja itu sendiri tercemar.

    Sultan Sharafuddin dalam perkara sama turut membidas kenyataan Khalid mengenai peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Sultan Selangor menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

    Titah baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais menunjukkan sikap biadab dan penentangan kepada kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam.

    Dalam titah itu lagi, Sultan Sharafuddin turut menegaskan Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain bagi mengamalkan agama mereka.

    Titahnya, Mais sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan segala tindakan yang dilakukan oleh Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain.
    10:12 0

    PELACUR ARAB DAH SEMAKIN RAMAI DI MALAYSIA... DAN SEMAKIN JELITA!!!

    Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis arab yang cantik meniaga body di Malaysia.Lagipun pelanggannya orang arab juga.Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan menakutkan mereka.Kalau di Malaysia mereka bebas tayang body untuk berniaga.Perniagaan maruah yang menguntungkan ini menyebabkan semakin ramai gadis-gadis cantik ini bekerja disini.


    Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.


    Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur, katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini baru-baru ini. Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

    Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini. Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.


    Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya. Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.


    Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh. Katanya, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

    Minggu lalu, kita memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Dalam serbuan ini, selain gadis Uzbekistan, kita menemui pelacur dari Iran dan Maghribi.Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur

    0 COMMENTS:

    POST A COMMENT



     

    Mutakhir

    Wanita Myanmar potong kemaluan suami


    KUALA LUMPUR: Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang. 
    Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

    "Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.


    Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini, hari ini.


    Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama


    Boikot: Kita yang terkesan bukan Israel
    Khairy Jamaluddin
    Khairy Jamaluddin
    KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.

    Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.

    "Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.

    "Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.

    Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.

    "Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.

    "Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya.

    Monday, 14 July 2014

    Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang
    KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

    Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

    Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

    Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

    Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

    Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie. 

    Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

    “Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.