Wednesday, 28 March 2018

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.
********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.
- Ini sgt penting utk mereka yg lemah penglihatan dan utk semua. Otot mata bekerja setiap hari yg boleh membawa  kepada penglihatan yg kurang tepat. Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat. Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa utk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur. Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula. Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
- Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini. Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi. Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.
- Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"
Surah Rahman.

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam.
*🌕 6 LITTLE🌱STORIES*

            -----:-:-:-:-:-----
                    🌾
                  { 1 }
ONCE, All villagers decided to pray for rain, on the day of prayer all the People gathered but only one boy came with an umbrella.
                    👇
                  That's
                *FAITH*

             -----------------
                    🌾
                   { 2 }
WHEN You throw a baby in the air, she laughs because she knows you will catch her.
                    👇
                 That's
               *TRUST*

              -----------------
                    🌾
                   { 3 }
EVERY Night we go to bed, without any assurance of being alive the next
Morning but still we set the alarms  to wake up.
                    👇
                 That's
                *HOPE*

              ----------------
                    🌾
                   { 4 }
WE Plan big things for tomorrow in spite of zero knowledge of the future.            
                    👇
                  That's
          *CONFIDENCE*

              -----------------
                     ðŸŒ¾
                    { 5 }
WE See the world suffering.
But still we get Married.          
                    👇
                  That's
                 *LOVE*

             ------------------
                     ðŸŒ¾
                    { 6 }
On an Old Man's shirt was written a cute sentence
'I Am Not 60 Years Old.., I Am Sweet 16 with 44 years Experience.'
                     ðŸ‘‡
                   That's
              *ATTITUDE*

Dont read alone pass it*
.
Menurut Prof. Dr. HAMKA
(H. Abdul Malik Karim Amarullah).
.
Jika ingin melihat Orang Islam, datanglah ke Masjid pada Iedul Fitri dan Iedul Adha.
.
Tetapi . . . .
.
Jika ingin melihat orang yang beriman, datanglah ke Masjid di waktu Subuh.
.
Itulah BEDA antara orang Islam dengan orang beriman.
.
"SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU HAKIKAT DIRI".
.
๏ Jika Subuhnya senantiasa dipelihara. Itu tanda akan Selamat dari neraka.
.
๏ Jika Subuhnya tiada dia tinggal. Allah melindunginya dari segala aral.
.
๏ Jika Subuhnya didahului dengan Sunat. Pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat.
.
๏ Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla. Di kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya.
.
๏ Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula. Mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna.
.
Namun . . .
.
๏ Jika Subuhnya tiada dijaga. Maka pada wajahnya tiada cahaya.
.
๏ Jika Subuhnya sengaja terlupa. Tanda Imannya tiada bernyawa.
.
๏ Jika Subuhnya terasa berat. Tanda munafiq sudah mendekat.
.
๏ Jika Subuh tiada peduli. Tanda Iman menghampiri mati.
.
๏ Jika Subuhnya tiada berjama’ah. Tanda hidupnya akan hilang barokah.
.
๏ Jika Subuhnya tiada ke Masjid. Tanda imannya ada penyakit.
.
๏ Jika Subuhnya selalu terlewat. Tanda imannya semakin cacat.
.
๏ Jika Subuhnya diakhir waktu. Tanda iman semakin kelabu.
.
๏ Jika Subuhnya hari sudah siang. Tanda rezekinya sudah hilang.
.
๏ Jika di waktu subuh masih mendengkur. Tanda syaitan memeluknya dalam tidur.

Tuesday, 27 March 2018

*Takut dan Harap*

Peniaga yg baik2, akan cerita kelebihan dan kebaikan produk yg dijual tanpa menghina, menjatuhkan dan merendahkan mana2 produk org lain.

Ceritalah kebaikan dan kelebihan  yg ada pada sedara kita tanpa menghina, memandang rendah dan men”cop”nya bathil dan sesat kpd mereka yg tidak buat usaha yg sama dgn kita.

Dikhuatiri bathil dan sesat org itu akan kembali kpd diri kita sendiri..siapa yg mengaibkan seseorg didunia ini.. takut2 kita pula terlibat dlm kesalahan tersebut.

Jgn sesekali berbangga apabila berada di jalan yg betul krn kdg2 disbbkan kecuaian kita, tidak mengikut undang2 dgn betul, kemalangan boleh berlaku sehingga destinasi yg dituju boleh jadi tidak tersampai..

Kadangkala syaitan blh tipu kita dgn memyangka berada dlm ,"status org  yg baik", kalau kita sendiri x baik, kita ttp dikira gagal di sisi Allah swt..baik yg perlu diusahakan termasuk fikiran dan hati dan semua anggota yg lain .

Pujuklah hati dan dengarlah nasihat yg baik walaupun dr seorg penyapu jalan...

*Daei seharusnya inginkan kebaikan utk semua umat...bkn utk sebahagian Umat*
Berakhirnya Jord Qudama dan Ulama di Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Kuala Lumpur

isi² penting dalam bayan Nasihat khas untuk ulama dan asatizah oleh Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Saad Kandahlawi..
Ijtimak Dakwah Malaysia.

1- Ulama dan Asatizah merupakan Pewaris Para Anbiya. Mereka juga perlu turun medan keluar Dakwah ke Jalan Allah untuk berjumpa manusia dan bermujahadah di Jalan Allah, tetapi perlu keluar secara bergilir-gilir.

kerana Ulama sangat di perlukan oleh Umat,
bila Ulama tidak dekati Umat,Maka umat akan jahil,Maka keluar dakwah secara bergilir².

Ulama perlu jadi seperti Hujan.
Turun ke medan bertemu Umat,Selamatkam Umat dari kejahilan, Itu tabligh.
Bertemu dengan orang yang tak Ada keinginan untuk tahu tentang Agama.
Manakala megajar orang yang sudah sememangnya ingin tahu ilmu Agama itu Taalim.
Keduanya kerja Nabi Saw.

Kerja tabligh perlu disampaikan kepada mereka yang tidak ada talab keinginan kepada agama, manakala kerja taalim disampaikan kepada mereka yang ada tallab keinginan terhadap agama.

2- tabligh dan taalim kedua² ini adalah kerja yang dibuat oleh nabi.
Satu kesalahan yang besar jika kita hanya menganggap tabligh sahaja kerja yg dibuat oleh Nabi dan taalim yakni mengajar ilmu agama itu tidak dilakukan oleh Nabi.
Namun kerja tabligh dan taalim perlu bergerak sekali.
Tidak hanya tumpu kepada satu bahagian sahaja.
Kerana tidak ada perbezaan didalam kerja tabligh dan kerja taaliim -
kedua²nya kerja yang dibuat oleh Nabi s.a.w.

3- ilmu adalah amanah yang Allah telah beri kepada ulama.
Dan ulama adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada ummat.
Satu kezaliman buat para ulama yang tidak menyampaikan ilmu kepada ummat lalu menyebabkan ummat mati dalam kejahilan.

Jangan jadikan mengajar agama ini, cara untuk mendapatkan ganjaran atau upah di dunia.
Seseorang yang mengajar agama dengan niat untuk mendapat imbuhan, maka allah timpakan kepada dia dual perkara. Pertama- duit yag dia terima itu tidak ada keberkatan.
Kedua- dia tidak akan dapat pahala dalam pengajian agama yang dia buat.

Tetapi, maulana kata :
Bukan kita tidak boleh ambil upah dalam mengajar agama, boleh!
Tetapi dia tidak boleh ambil upah itu dengan sebab ilmu yang kita sampaikan,
namun kita boleh upah dengan sebab masa yang kita berikan untuk mengajar agama yang mana masa itu sepatutnya kita pergi bekerja tetapi kita gunakan masa itu untuk mengajar agama.
Dan untuk mengambil upah dalam mengajar agama pun, kita perlu ambil dengan sifat istighna (rasa cukup)
dan kalaulah kita mempunyai sumber lain yang boleh menampung kehidupan kita seharian, kita tidak perlu lagi untuk ambil upah dalam pengajian yang kita sampaikan.

4- untuk mengajar ilmu agama, kita perlu ada sifat takwa. Pengajar perlu ada sifat takwa, pelajar pun perlu ada sifat takwa. Seorang alim yang terlibat dengan dosa atau maksiat, maka umaat tidak akan dapat manfaat dari dia.
tidak selayaknya seorang yang mengajar ilmu agama itu, melakukan dosa dan maksiat. seorang yang bertakwa kepada Allah, Allah akan beri dia jalan keluar dari segala kesulitan.

Selagi mana kita ada niat untuk memberi manfaat kepada  manusia, selagi itu Allah akan beri ilham kepada kita.
Seperti mana lebah, dia buat madu untuk manfaat kepada manusia.
Maka,Allah sendiri yang memberi ilham kepada lebah cara untuk membuat madu.
Seorang yg belajar ilmu agama dengan niat untuk menyampaikan ilmu itu dan memberi manfaat kepada orang ramai maka Allah akan beri ilham kepada dia dan akan ambil kerja dari dia.

Mengajar ilmu agama, adalah dengan kasih sayang dan hikmah. Seperti mana cara nabi mengajar para sahabat ilmu dgn kasih sayang dan hikmah.
Seorang mualim perlu untuk mengajar pelajar dia berkenaan adab bukan memberi pelajar dia azab.

5- kalau ulama tidak bersama dengan jemaah Dakwah yang sedang bergerak hari ini maka ummat tidak akan dapat taalim dan tarbiah yang sempurna.
Kalau ulama tidak bersama dengan orang² yang keluar Dakwah maka ini adalah satu peninggalan sunnah yang paling besar.

 Didalam satu jemaah itu, jika tidak ulama atau orang yang pandai Al  Quran maka jemaah itu adalah jemaah yang cacat dan tidak sempurna. Ulama akan tahu kemanakah ilmu yang perlu dia sampaikan olehnya, bilamana dia bergaul dengan jemaah² yang keluar.

Ulama ini perlu pergi kepada ummat sepertimana awan yang membawa hujan.
Org yang  berilmu ini, tapi tidak mengamalkan ilmu dan tidak sampaikan ilmu kepada ummat maka dia akan terlebih dahulu akan diazab oleh allah.

Duduk di suatu tempat sahaja dan mengajar ilmu,
itu adalah perkara yg salah. Kita perlu keluar dan mencari manusia untuk mengajarkan ilmu agama.
Kita jangan menghadkan pengajaran ilmu kita didalam madrasah sahaja, tetapi kita perlu menyampaikan ilmu sehingga ke masjid²

Ulama jangan jadi perigi,
Bila perlu sahaja orang cari.
Jadilah sprti hujan,yang turun ke medan mencari Umat.
Ajar ilmu pada umat.
Selamat kan mereka dari kejahilan.
Agar mereka tidak mati dalam keadaan Jahil.

Maksud di dalam usaha kita adalah untuk menyampaikan ilmu kelebihan dalam megamalkan agama supaya timbul keghairahan dalam agama,
kemudian tugas para alim ulama untuk mengajar ilmu masail(hukum Hakam)  supaya perbetulkan amalan agama.

6- perkara terakhir ialah, ulama² perlu jadi seperti awan yang membawa hujan bergerak kepada umaat untuk memberi manfaat kepada ummat.

Wallahua'lam

Isi2 penting dalam bayan khas untuk ulama dan asatizah oleh Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Saad Kandahlawi.

Wednesday, 21 March 2018

💜 RENUNGAN PETANG 💜

*HUKUMAN YANG TIDAK TERASA*

Seorang murid mengadu kepada gurunya:
"Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".

Tok Guru menjawab dengan tenang:
"Betapa kerap Allah menghukummu tapi *engkau tidak merasakannya, tidak menyadarinya"*.

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang boleh menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari *"kekerasan dan kematian hatinya"*.

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan bermunajat/beribadah kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya sujudkan diri di hadapannya..?

Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyu' dalam solat... tidak rasa nikmat solat?

Sedarkah engkau, bahawa  beberapa hari/bulan/tahun mu telah berlalu dari hidupmu, *tanpa membaca Al-Qur'an*, padahal engkau mengetahui firman Allah:
"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke gunung, niscaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah".

Tapi engkau tidak tertarik dan tersentuh dengan ayat2 Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya... tidak meminatinya?

Sedarkah engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau berjaga/ terjaga ditengah malam ...

Sedarkah engkau, bahawa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadhan.. Enam hari di bulan Syawwal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dll.. tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya sebagaimana mestinya..??

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu..???

Tidakkah engkau merasakan *beratnya utk mengamalkan ketaatan* (amal ibadah)... perkara2 yang baik disisi Allah..???

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo'a kepadaNya..???

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa *engkau lemah di hadapan hawa nafsu...* lemah kalah  dengan hawa nafsu???

*Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini..???*

Sedarkah engkau, yang mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, membuang banyak masa 'game' dan mencari redha@like manusia,  memandang kpd yang haram..???

Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu *lupa kepada Akhirat*, lalu Allah menjadikan *dunia sebagai perhatian dan keutamaan terbesarmu dan harta tertinggi*..???

Semua bentuk pembiaran ini dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk *hukuman Allah kepadamu*, sedang engkau menyedarinya ??? atau
tidak menyedarinya??

Waspadalah wahai sahabatku, agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa dosa dan meninggalkan kewajiban & tanggungjawab...

Kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah:

*"Hukuman yang terasa" pada harta, pangkat atau anak atau kesehatan atau pandangan manusia.*

Sesungguhnya hukuman terberat ialah:

*"Hukuman yang tidak terasa"*
pada
*_kematian hati_"*
lalu ia
*tidak merasakan nikmatnya ketaatan* dan
*tidak merasakan sakitnya dosa"*

Kerana itu wahai sahabat2ku, Perbanyaklah di sela sela harimu, amalan taubat dan istighfar, baca Quran... semoga Allah *menghidupkan hatimu*...

(Diterjemahkan dari Taushiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram)

ALlahu... ampuni aku yg lemah ini

Monday, 19 March 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=928578253859411&id=155056204544957

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Wallahu a'lam.