Monday, 2 November 2015

MENTAFAKURI LEBAH DAN MADU

Pernahkah kita memperhatikan lebah yang mengumpulkan madu? Lebah akan memilih bunga-bunga terbaik, kemudian menghisap sari-sari berkualiti terbaik dan menyimpannya di sarangnya, terhimpun sebagai madu yang memiliki khasiat sangat baik.

Lebah mengumpulkan sari-sari bunga terbaik kemudian menjadi madu yang juga memiliki khasiat sangat baik bahkan jauh lebih baik dari sari-sari bunga tadi. Maka, kita haruslah mengambil pelajaran bahwa untuk menjadi peribadi yang baik, yang bermanfaat, maka input yang masuk kepada diri kita pun mestilah yang baik-baik saja. Suara-suara yang baik, bacaan-bacaan yang baik, pergaulan dan lingkungan yang baik, sehingga melahirkan akhlak yang baik.

Demikian juga jikalau kita ingin memiliki fisik yang baik dan tegap, maka makanan dan minuman pun mestilah yang baik dan halal. Ingin sihat, maka makanan dan minuman pun mestilah yang sihat dan menyehatkan.

Tidak ada sesuatu apapun yang Allah ciptakan secara sia-sia. Demikianlah Allah Swt. menciptakan lebah dan madu, dengan berbagai hikmah dan pelajaran di baliknya. Sentiasa menyikapi kenyataan hidup ini secara positif, dengan fikiran-fikiran positif, sehingga menularkan hal-hal yang positif dan penuh manfaat pula kepada orang-orang di sekitar dan lingkungan kita.

Rasulullah Saw. bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain.” (HR. Ahmad, Thabrani, Daruquthni)

Menjadi peribadi yang positif adalah ajaran nabi Muhammad Saw. sebagaimana sabdanya tersebut di atas. Oleh karena itu, hal ini perlu menjadi semangat kita semua. Seperti lebah yang mengumpulkan madu tadi, mereka bergerak secara berkelompok, betapa indahnya jikalau kita mampu berfikir dan bersikap positif apalagi dalam suasana hidup secara berjamaah, tentu ini akan jauh lebih banyak melahirkan berkah bagi kita dan lebih banyak orang. Indah sekali jikalau hal ini kita terapkan dalam kehidupan keluarga kita, lingkungan masyarakat kita, hingga dalam kehidupan bernegara.

Sungguh tidak ada sesuatu sekecil apapun yang Allah ciptakan secara sia-sia. Semoga kita tergolong orang-orang yang terampil mengambil hikmah dan senantiasa berfikir serta bersikap potisif. Aamiin yaa Robbal ‘aalamiin.

BERTAFAKUR

Kita tidak mampu mengatur setiap hari-hari kita agar sesuai dengan agenda yang kita buat.

Banyak sekali kejutan-kejutan berupa peristiwa-peristiwa yang terjadi di luar rencana kita.  Mengapa Allah Swt memberikan kejutan-kejutan seperti itu? Tiada lain adalah supaya kita senantiasa bersandar kepada Allah Swt, Dzat Yang Maha Mengatur segala kejadian.

Hidup ini penuh dengan kejutan-kejutan. Namun, tidak perlu kita risau akan kejutan-kejutan itu. Kerana setiap kejutan pastilah kebaikan, jika dihadapi dengan keyakinan penuh kepada Allah Swt. Kejutan-kejutan itu terjadi supaya kita sedar bahwasanya kita senantiasa ada di dalam genggaman kekuasaan Allah Swt. Tidak aman diri kita ini kecuali aman di bawah perlindungan Allah Swt.

Sangat mudah bagi Allah Swt untuk menghanguskan harta kita. Sangat mudah bagi Allah Swt untuk meruntuhkan benteng-benteng dan istana megah kita. Sangat ringan bagi Allah Swt untuk membolak balikkan kita dari kedudukan dan jawatan tinggi kita.

Jika dihadapi dengan keimanan kuat pada Allah Swt, kejutan demi kejutan yang tak terduga itu pasti baik. Ada, tiada, sedih, bahagia, datang, pergi, kejutan demi kejadian ini pasti merupakan kebaikan jika kita menyikapinya dengan mendekat kepada Allah Swt.

Seperti firman Allah Swt di dalam Al Quran,

“..Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath Thalaq [65]: 2-3).

Pelajaran dari ayat di atas adalah bahwa kehidupan ini tidak terlepas dari kejadian-kejadian yang berlangsung secara tak terduga. Kejadian-kejadian seperti itulah yang membuat kita semakin bertambah yakin kepada Allah Swt. Kejutan-kejutan seperti itulah yang membuat hidup ini menjadi berwarna.

Semaklah sejarah teladan kita, nabi Muhammad Saw. Bagaimana beliau begitu bersungguh-sungguhnya mengharungi medan perang saat menghadapi kekuatan musuh-musuh Islam. Padahal bukankah beliau sudah jelas dilindungi oleh Allah Swt. Sedemikian seriusnya Rasulullah Saw berjuang membela agama-Nya meskipun beliau dijanjikan kemenangan oleh Allah Swt di dalam hidupnya.  Apalagi kita, tentu seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam mengarungi hidup ini dengan segala kejutan-kejutannya.
😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

FAHAMKAN!!!!
Worker VS Networker
==================

❗ Worker -
Gaji ditentukan berdasarkan ilmu..
Sijil < Diploma < Degree < Master < PhD
Makin tinggi ilmunya, makin tinggi incomenya, dan makin botak kepala serta bertambah serabut fikirannya.. sekiranya jatuh sakit maka tiadalah income..

✅  Networker -
Pada awalnya alami zaman kepayahan membina network, berpeluh² keluar sana sini..

Pengakhirannya goyang kaki di rumah layan isteri & anak².. yang paling best ketika sakit (na'uzubillah) pun duit tetap terpaksa masuk..

NOTA RINGKAS :
»»  Worker tidak mampu membeli masa kerana makin besar income, makin busylah anda dengan dunia anda..

√√  Networker mampu membeli masa, usaha kuat pada awalnya sudah terbayar utk freedom pada masa hadapan..

JANGAN SENTAP OK.., ianya fakta..
pilihan di tangan kita, rezeki masing² sudah ditetapkan..
just fokus on what u r doing right now.. bekerjalah dengan hati yang penuh ikhlas.. 😊
jangan rasa malas² utk bangun pagi dan redah jalan jem setiap pagi dan petang.. 😂😂

📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
KULIM CCTV saman start,
CCTV snap gambar kesalahan trafik disekitar bandar Kulim telah berjalan sekarang...
1.Simpang Hospital KHTP.
2.Simpang Utama Kelang Lama.
3.Jalur melintas berjalan kaki depan Cimb Bank.
4.Simpang dekat Pejabat Pos Kulim
5. Simpang hadapan Restoran Dinas.
6. Simpang SMK St Patrick..
Saman trafik telah berkuatkuasa sekarang... Snap Gambar kenderaan,nombor plat & gambar pemandu print jadi bukti saman terus post ke alamat rumah....

Madu marhaba

Marhaba Royal Madu kaya dengan tenaga dan mempunyai harta diskret dalam mempromosi tisu tenaga.
Marhaba Royal Madu kaya dengan fruktosa saccharides terutamanya yang mewakili lebih daripada 40% karbohidrat yang terdapat dalam madu. Fructoser bersedia untuk meresap adipos & dimana otot rangka selaput, ia sangat mudah untuk membekalkan tenaga mengikut keperluan sel.

KELEBIHAN :
√ Mudah dan pantas digunakan
√ Kesan tahan sehingga 2 hari setiap 1 hidangan
√ Tiada campuran bahan kimia atau terlarang 100% herba
√ Fungsi :
- Membuat anda tahan lama
- Membesarkan barang' anda
- Kepuasan yang tidak terhingga
- Membuat nafsu anda kelaparan'
- Paling penting tiada kesan sampingan!
√ Bersih dan suci, selamat, mudah dan sangat efektif

1 kotak 10 sachets

Kandungan:
Madu, Tribulus Terrestis, Maca, Tongkat Ali, Panax Ginseng

Cara Hidangan: Mengambil separuh paket atau satu paket (20g) untuk setiap hari berdasarkan keperluan.

Pengguna yang tidak digalakkan: Kanak-kanak, Wanita yang mengandung, Pesakit darah tinggi, Pesakit Jantung

Simpan di tempat dingin

Buatan Malaysia

Kualiti Dijamin!!


Tel: +019-4124432 (sms, call, whatsapp, wechat)

Sunday, 1 November 2015

~Kisah Maulana Ilyas al Kandahlawi rahimahullah menziarahi Maulana Abdul Shakur rahimahullah. ~

Satu kisah yg telah berlaku kpd Maulana Ilyas kandahlawi rah. Amir Dakwah Tabligh yg pertama...Beliau telah pergi ke Lucknow..Maulana Manzor Numani dan Maulana Abul Hasan Ali Nadwi ada di sana. Di sana juga ada satu org ulamak yg besar, yg ternama, yg terkenal, seorang sheikh Tarekat , Maulana Abdul Shakur rah. Beliau seorang ulamak yg senior, jauh lebih tua dari Maulana Ilyas.
Maulana Ilyas ajak Maulana Manzor pergi ziarah Maulana Abd Shakur. "Ceritakan karguzari usaha Dakwah yg kita buat dan minta doa daripada dia." Sambil menyandar dia dengar karguzari Maulana Ilyas.. Dia berkata, "pada pandangan aku pd zaman ini, Allah nak ambil satu kerja yg sangat besar dari kamu. Aku memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha Dakwah yg kamu buat."

Dia bagi nasihat, "kamu kena buat usaha ini dgn penuh hati-hati. Setiap nafas, setiap langkah, setiap percakapan kena dibuat dgn penuh hati-hati. Usaha yg sangat mulia. Buat dgn sungguh-sungguh."
Maulana Abd Shakur bagi syor, "Aku nak kumpulkan pegawai-pegawai kerajaan, Hakim, Peguam, Menteri, org-org terpengaruh di Lucknow kerana Lucknow adalah pusat pemerintahan" dan meminta Maulana Ilyas bagi penerangan tentang usaha Dakwah ini.

Maulana Ilyas rah. pun bersetuju...Maulana Abdul Shakur telah mesyuarat dan tetapkan tarikh dan masa utk buat perhimpunan tersebut. Masa yg telah diputuskan ialah 9 am.. Dia telah suruh khadim dia pergi bagitahu Maulana Ilyas majlis akan bermula pukul 9 am. Tapi si khadim ni tak bagitahu Maulana Ilyas pukul 9am. Dia fikir org-org besar selalunya tak datang tepat pd masa. Dia bagitahu Maulana Ilyas majlis bermula pukul 9.30am.

Akan tetapi sebaliknya berlaku kerana org² di Lucknow kenal siapa Maulana Abd Shakur, dia satu org yg sangat punctual dgn masa/jaga masa dan satu org yg sangat garang berdarah farouqi. Darah sayyidina Umar mengalir dlm badan dia. Dia seorg yg sangat tegas. Semua org takut dgn dia. Semua org telah datang pukul 9 am tapi Maulana Ilyas tak ada dlm majlis..

Selepas menunggu lama, Maulana Abd Shakur suruh semua balik. Bila semua dah balik, Maulana Ilyas sampai tepat pukul 9.30am. Bila nampak sahaja Maulana Ilyas, tanpa pelawa duduk, sambil berdiri, dia terus marah, dia telah hujani Maulana Ilyas dgn kata-kata, "aku dah pesan dah semalam, kena buat usaha dgn hati-hati, jaga usaha ini betul²."
Dia marah habis-habisan. Maulana Ilyas tunduk dan minta maaf, kami budak-budak selalu buat salah, maafkan saya, itu sahaja yg keluar dari mulut Maulana Ilyas, beliau berterusan minta maaf. Maulana Manzor numani cuba nak cakap. Bukan salah mereka. Mereka diberitahu khadim majlis pukul 9.30am. tapi Maulana Ilyas pegang tangan Maulana Manzor supaya jangan cakap apa-apa, senyap aje..

Bila dah reda kemarahan, baru suruh duduk dan bagi nasihat lagi. Dalam perjalanan balik, Maulana Manzor Numani tanya Maulana Ilyas kenapa tak bagitahu ini bukan salah kita, khadim dia yg salah. Maulana Ilyas kata apa salahnya kalau kita sabar sikit. Dgn sebab kita sabar tadi, kita tak rugi apa-apa, tak berlaku apa-apa kecacatan, dan seorg hamba Allah selamat dari kena marah. Kalau kita bagitahu perkara sebenar, si khadim akan kena marah, dan kita tak dpt untung apa-apa. Sebab kita sabar, si khadim dpt kesenangan.
Itu sikap Maulana Ilyas rah.

Si khadim dah rasa bersalah yg amat sangat. Disebabkan dia seorg wali Allah dah kena marah. Dia rasa serba salah. Dia tunggu peluang sehingga Maulana Abd Shakur dlm keadaan yg sangat gembira, dia bagitahu "saya ada buat satu kesalahan yg besar, tapi saya nak maulana maafkan saya dulu baru saya bagitahu kesalahan saya."
Maulana maafkan dia. "Hari tu Maulana Ilyas tak salah dtg pukul 9.30am, saya yg salah sebab suruh dia dtg pukul 9.30am."

Bila dengar sahaja perkara yg sebenar, Maulana Abd Shakur terus siapkan bag, naik kereta kuda pergi ke stesen keretapi. Nak keretapi sorang-sorang dari Lucknow ke Delhi tanpa khadim dan pengiring..Sampai sahaja depan Markaz Dakwah Nizamuddin Masjid Banglawali India, org bagitahu Maulana Ilyas bahawa Maulana Abd Shakur datang. Maulana Ilyas begitu gembira turun tanpa pakai kasut pergi sambut. Maulana Ilyas sendiri yg angkat bag. Maulana abd shakur berkata "saya tak ada apa-apa urusan di Delhi. Saya dtg kesini semata-mata nak jumpa kamu dan minta maaf. Aku telah marah dan kata macam-macam kpd kamu sedangkan kamu tak bersalah, khadim aku yg bersalah."

Maulana Ilyas terus menangis. Maulana Ilyas menjawab, "tuan punya marah itu adalah doa utk saya. Saya tak terasa hati sikit pun."
Maulana Abd Shakur kata aku nak dengar dari lidah kamu sendiri kamu maafkan aku baru aku akan pergi. Maulana Abd Shakur berkata lagi, "kamulah yg benar-benar layak utk buat kerja Dakwah Nabi ini."

Dlm diri Maulana Ilyas ada sifat kesalahan orang dia anggap kesalahan dia..Minta maaf bagi pihak org yg buat salah..Inilah sifat yg perlu ada pd setiap org tanggungjawab..Org yg ada sifat macam ni barulah boleh berjaya usaha dakwah

- Ustaz Uthman Daud

'Superstar' Rajinikanth mahu jumpa Najib

Dikemaskini 
 
Pengurusan penggambaran filem membabitkan Rajinikanth menghantar permohonan untuk pertemuan bintang handalan India itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Abdul Malik Dasthigeer berkata, syarikatnya menyampaikan hasrat itu kepada Jabatan Perdana Menteri dan berharap menerima respon secepat mungkin, lapor The Star.
"Apabila perdana menteri mengesahkan tarikh, kita akan tunda proses penggambaran buat seketika.
"Mereka (Najib dan Rajnikanth) mahu bertemu antara satu sama lain. Kami harap ia akan berlaku," Abdul Malik dipetik sebagai berkata, hari ini.
Rajnikanth yang tiba di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu dijadualkan berada di negara ini sehingga 21 November.
Beliau berada di Malaysia susulan terlibat dalam penggambaran filem Kabali yang dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Batu Caves dan Bandar Sunway.
3