Wednesday, 5 November 2014

PUTRAJAYA - [VIDEO] Meriah dan pelbagai gelagat mewarnai pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini. Nyanyian serta ceramah yang diadakan oleh penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan suasana 'gegak gempita' dan tidak sunyi daripada suara manusia. "Kalau anda mahu bebas, jerit horey. Bebas-bebas, bebas Anwar," itu antara bait lagu, yang dinyanyikan oleh penyokong Anwar, di sini, hari ini.
Nyanyian, ceramah warnai hari keenam perbicaraan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI November 4, 2014 Kelihatan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di hadapan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada pemimpin mereka yang berhadapan rayuan terakhir kes liwat II. - Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI PUTRAJAYA - [VIDEO] Meriah dan pelbagai gelagat mewarnai pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini. Nyanyian serta ceramah yang diadakan oleh penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan suasana 'gegak gempita' dan tidak sunyi daripada suara manusia. "Kalau anda mahu bebas, jerit horey. Bebas-bebas, bebas Anwar," itu antara bait lagu, yang dinyanyikan oleh penyokong Anwar, di sini, hari ini. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian Online di bersebelahan kompleks Istana Kehakiman pula mendapati, beberapa pemimpin PR hadir memberikan ceramah bagi membangkitkan semangat penyokong Anwar. Antara yang memberi ceramah ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta beberapa penyokong Anwar. Terdapat juga penyokong yang bermurah hati menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada penyokong yang hadir. Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes rayuan liwat II yang melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan Kes liwat II: Terima keputusan dengan hati terbuka Hilang kerusi jika kalah 'Lelaki Y': Anwar patut sedia jalani ujian DNA Syed Ali: Terima keputusan mahkamah dengan terbuka Saya yakin menang, kata Anwar Penyokong Saiful nafi dibayar Penyokong Anwar cuba rempuh pagar besi halangan Nyanyian, ceramah warnai hari keenam perbicaraan PKR anjur himpunan jika Anwar diputus bersalah Pekarangan Istana Kehakiman mulai sesak pagi ini www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Berita Nasional Edisi Politik Kelantan Semasa Terengganu Bisnes Pahang Global Selangor & KL Hiburan Melaka & NS Sukan Perak Utara Karya Johor Kolumnis Sabah & Sarawak Rencana Pendapat Ultras Entri Blog Liga Malaysia Liga Antarabangsa Wawancara Sinar TV × Kongsi Maklum Balas anda
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Penyokong Anwar cuba rempuh pagar besi halangan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI November 4, 2014 Anggota polis melakukan sekatan untuk menghalang para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki perkarangan Istana Kehakiman ketika perbicaraan mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari keenam hari ini. - Foto Bernama PUTRAJAYA - Jika semalam penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kecoh hari ini penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang 'bikin panas' di pekarangan Istana Kehakiman. Suasana panas dan provokasi tercetus apabila penyokong Anwar mula mengulangi sejarah rempuh pagar di Universiti Malaya (UM) apabila segelintir penyokong Anwar cuba untuk merempuh pagar bagi membolehkan mereka 'berteduh' di tempat berbumbung namun menurut polis mereka tiada kewajaran untuk berbuat demikian. Penyokong tersebut melaungkan 'reformasi, 'bebas-bebas Anwar, namun keadaan kembali tenang apabila segelintir penyokong yang lain marah dengan tindakan tersebut. 'Teguran' tersebut menyebabkan penyokong itu beransur ke tempat asal mereka. Setakat ini, Polis berjaya mengawal keadaan dan suasana masih aman walaupun kebanyakan penyokong mula bersikap ganas.
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Penyokong Saiful nafi dibayar MUHAMMAD SHAMSUL DAN SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR November 4, 2014 Mohammad Rashid berkata, mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang kontrak dengan mana-mana pihak sebaliknya hadir dengan kerelaan sendiri.- Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI PUTRAJAYA - Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan menafikan mereka dibayar untuk hadir memberikan sokongan kepada beliau sepanjang prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekretariat kumpulan penyokong berkenaan, Mohammad Rashid Mokhtar berkata, mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang kontrak dengan mana-mana pihak sebaliknya hadir dengan kerelaan sendiri. "Saya nak jelaskan maksud dibayar iaitu ia mesti ada kena mengena dengan kontrak. Perjanjian antara satu pihak dengan satu pihak yang berasaskan wang ringgit. "Sedangkan kami datang langsung bukan kerana wang ringgit. Kami tidak menerima wang tapi hanya sesetengahnya diberi makanan dan baju T sebagai tanda terima kasih," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Persekutuan, hari ini. Dalam pada itu, hampir 100 penyokong Saiful tiba di sana kira-kira jam 1 tengahari dan melaungkan slogan seperti 'Hukum Anwar' dan 'Tangkap Anwar'. Sementara itu, Mohammad Rashid turut menegaskan sokongan mereka terhadap Saiful juga bersandarkan kepada mubahalah atau sumpah laknat yang dibuat beliau pada 2008 dan 2013. "Sumpah laknat ini telah diajar kepada Rasulullah SAW ketika berdebat dengan mubaligh Kristian. Peristiwa ini telah diceritakan dalam Surah Ali Imran ayat 59-63. "Maka, Saiful sendiri telah mengikut cara dan sunnah Rasulullah SAW untuk bersumpah laknat bagi membuktikan beliau diliwat Anwar. Jadi kami tidak ragu-ragu memberi sokongan kepada Mohd Saiful kerana beliau telah bersumpah laknat," katanya. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Saya yakin menang, kata Anwar SHAMSUL ABD GHANI & SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR November 4, 2014 Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang melambai tangan kepada media dan penyokong-penyokongnya ketika meninggalkan Istana Kehakiman. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat memenangi rayuan kes liwat beliau dalam keputusan penentuan yang dijangka diumumkan Khamis ini. Beliau melahirkan keyakinan itu berdasarkan hujah peguam pendakwa yang didakwanya berunsur politik. "Kalau dengar hujah peguam saya dan peguam Umno, kita boleh menang. Jadi, Khamis ini kita akan perkuatkan lagi hujah kita. "Saya nak beritahu, ini perbicaraan jenayah tetapi peguam Umno beri hujah politik. Hujah mereka dah habis jadi saya minta peguam kita untuk tegas sikit," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 700 penyokongnya di pekarangan Mahkamah Persekutuan selepas prosiding ditangguhkan petang tadi. Anwar turut ditemani isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya yang setia menunggu semenjak prosiding bermula 28 Oktober lalu. "Anda semua yang memberi kekuatan kepada saya. Sebab itu saya yakin kita akan peroleh kemenangan kerana kita berpaksi kepada kebenaran. "Kita ikhtiar dengan hujah peguam yang handal dan berhimpun di sini. Tapi kita harus munajat, baca Yasin, sembahyang hajat dan serahkan kepada ALLAH SWT," katanya. Anwar juga sempat berseloroh mengenai tindakan jurugambar yang mengerumuni beliau sehingga menghalang penyokong. "Jurugambar boleh ambil gambar tapi kalau boleh bagi saya salam dengan penyokong. Mungkin jurugambar risau tak ada gambar saya kalau saya masuk dalam (penjara). "Insya-ALLAH tak masuk dalam," katanya. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Syed Ali: Terima keputusan mahkamah dengan terbuka MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI November 4, 2014 Syed Ali Alhabshee PUTRAJAYA - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap, semua pihak bersikap terbuka berhubung keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Syed Ali berkata, sama ada mahkamah berpihak kepada Anwar ataupun Mohd Saiful , itu bergantung kepada kebijaksanaan hakim-hakim yang mengendali kes tersebut. "Namun kita tidak boleh lari dari persoalan pokok kepada perbicaraan ini, iaitu kejadian liwat itu sememangya berlaku. "... cuma yang didebatkan kini adalah sama ada ianya berlaku secara sukarela ataupun terpaksa. Apapun kita perlu hormati dan letak keyakinan serta kepercayaan yang tinggi terhadap institusi kehakiman negara. Oleh yang demikian kita serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataannya hari ini. Jelas Syed Ali lagi, beliau berharap tiada pihak yang cuba mengheret rakyat ke jalanan sekali gus menimbulkan hura-hara pada negara. " Kita semua ketahui bahawa selama ini pembangkang sentiasa berusaha merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara, institusi kehakiman digambarkan sebagai badan yang tidak bebas dan menjadi apparatus atau alat pemerintah. "Sekiranya kita lihat dalam banyak kes berlaku sejak akhir-akhir ini, banyak saja kes berpihak kepada pemimpin pembangkang. Jadi, saya tidak nampak dimana ketidakadilan insititusi kehakiman kita. Apakah mahkamah kita hanya menjadi adil apabila keputusan berpihak kepada Anwar? "Cukup-cukuplahlah, rakyat kini telah melalui fasa-fasa keletihan politik yang melampau," katanya. Keputusan mahkamah yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Azlan Azlan Bukhari dijangka diketahui khamis ini. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan
Hilang kerusi jika kalah Wartawan Sinar Harian November 5, 2014 Anwar Ibrahim - Foto AFP SHAH ALAM - Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Pendengaran rayuan itu pada mulanya ditetapkan dua hari mulai 28 Oktober, dilanjutkan sehingga enam hari selepas kedua-dua pihak membentangkan hujahan dengan panjang lebar. Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan jika dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah kerana meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada tahun 1994 dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000. Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi telah menyabitkan Anwar atas empat kesalahan rasuah pada 4 April, 1999. Bagaimanapun, selepas hampir enam tahun dalam penjara, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas Anwar kerana meliwat Azizan menerusi keputusan majoriti 2-1. Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh kejadian liwat, walaupun umumnya, mereka bersetuju berlaku aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.