Wednesday, 1 October 2014

10 DOSA & KEJAHATAN PENGGUNA JALAN RAYA DI MALAYSIA

Peringatan
Artikel ini menggunakan bahasa yang keras dalam menegur perangai dan sikap para pemandu jalanraya di Malaysia yang sangat menyakitkan hati. Usaha ini diharap ditanggapi dengan jiwa besar dan muhasabah diri sekiranya ada di antara teguran yang dilontarkan, tepat mengenai batang hidung anda sendiri. Sila jangan baca kalau hati cepat terasa, terima kasih.

1.       Pandu perlahan di lorong laju/lane kanan sekali
Perangai bodoh dan tak sedar diri yang amat tidak bertanggungjawab ini sangat menyusahkan pemandu kenderaan lain di jalanraya. Hari ini kalau di atas lebuhraya PLUS yang ada 3 lane, lane yang paling mudah nak memotong hanyalah lane paling kiri sekali saja. Sebabnya, ada berjuta pemandu bodoh yang memandu macam siput babi di lane tengah dan lane kanan sekali. Merekalah punca masalah sesak jalanraya dan merekalah pemikul dosa besar sebab akibatkan jutaan pemandu lain terpaksa memotong di lane tengah ataupun kiri sekali.

2.       Menggunakan lampu Xenon/HID
Sudah terlampau banyak pemilik kereta yang tidak berperikemanusiaan yang mengubahsuai lampu-lampu kereta mereka menjadi lampu Xenon berwarna putih atau biru terang. Mereka ini ibarat iblis yang memandu di waktu malam hanya untuk menyakitkan pandangan pemandu lain dengan lampu silau jahanam mereka. Akhirnya pemandu-pemandu lain terpaksa merana akibat panahan lampu silau tahap mega mereka itu. Apakah semua pegawai JPJ sudah menjadi buta hingga tak pernah lansung bertindak menentang penggunaan lampu jahanam ini?

3.       Memandu terlampau lembab di jalan satu lorong

Penyakit memandu lembab macam siput babi ini biasanya dihidapi oleh para pemandu yang merasakan jalanraya di negara Malaysia ini ialah milik bapak mereka sendiri. Bukan sahaja memandu perlahan bagaikan siput babi di atas jalan satu lane, tetapi haram pula nak bagi orang lain memotong kenderaan dia yang jahanam tersebut. Dipandunya betul-betul di tengah jalan, lansung tak mahu memandu sedikit tepi agar kenderaannya dapat dipotong, mereka ini wajar dihumban ke dalam lubang gunung berapi di kepulauan Hawaii. Jangan lupa hempok kepala mereka dengan stereng kenderaan mereka yang menyusahkan orang ramai dahulu sebelum dicampak ke lubang gunung berapi Hawaii tersebut.

4.  Lampu isyarat dah hijau, masih buat bodoh tak jalan-jalan

Pemandu-pemandu sebegini kemungkinan besar telah dihasut iblis dan syaitan untuk menjahanamkan anak-anak Adam lain yang sedang rushing ke tempat-tempat yang ingin mereka tuju. Kerana pemandu-pemandu yang mengikut hasutan iblis dan syaitan ini, habis pemandu di belakang lambat dan tak sempat menikmati kehijauan lampu isyarat tersebut. Apakah motif mereka sengaja melambat-lambat memasuk gear satu / D, lepas hand brake dan tekan minyak? Sudah tentulah sebabnya mereka ini mengikut hasutan iblis dan syaitan. Maka telah berjayalah misi iblis untuk menyesatkan anak-anak Adam di jalanraya. Habis pemandu lain terpaksa hadap lampu merah oleh lampu isyarat jalanraya Malaysia yang sistemnya sangat lapuk itu.

5.       Masuk simpang tak bagi signal

Ini adalah salah satu amalan primitif yang biasa dilakukan oleh golongan orang asli di pedalaman Zimbabwe akibat tidak mampu memasang lampu signal kiri dan kanan pada kenderaan masing-masing. Kebengapan mereka ini walaubagaimanapun telah mengakibatkan jutaan pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu sambil tertanya-tanya apakah pemandu hina itu akan masuk simpang atau straight sahaja. Namun, ternyata pemandu otak udang itu masuk ke simpang tanpa rasa bersalah mengakibatkan orang lain tertunggu-tunggu dan lambat bergerak. Apakah layak spesis pemandu otak udang banyak telan semut sebegini menerima laknat?

6.       Parking di bahu jalan yang sempit dan 'double park'

Ada kemungkinan bahawa otak manusia-manusia yang begitu gemar men-'double park' ataupun  parking di tepi jalanraya yang sibuk dan sempit ini telah dipenuhi dengan cacing-cacing pita. Cacing-cacing yang memenuhi otak para pemandu yang gemar parking ikut sukahati ini telah memakan dan merosakkan sel-sel otak pemandu-pemandu sebegini. Akibatnya, mereka menjadi bodoh dan terlalu bangang untuk memikirkan tentang orang lain. Kerajaan seharusnya mewartakan undang-undang untuk memberi kebenaran kepada orang awam untuk memecahkan cermin tingkap kereta-kereta yang suka parking ikut suka hati ini supaya sel-sel otak mereka dapat berhubung kembali dengan jayanya.
7.       Malas servis kenderaan sampai asap ekzos hitam berkepu-kepul

Untuk bersangka baik, kemungkinan pemilik kenderaan yang berasap hitam tebal dan berkepul-kepul ini sebenarnya ialah seorang yang begitu mencintai alam sekitar yang kotor. Mereka ini sangat bertanggungjawab untuk menambahkan bilangan pesakit batuk, TB, kanser serta masalah penyakit pernafasan di negara Malaysia ini. Bukan sekadar itu, mereka ini amat menyayangi wang dan duit mereka untuk menyervis kenderaan mereka akibat dari sifat berjimat cermat yang disemai oleh ibu bapa mereka. Kebiasaannya, orang-orang baik yang sebegini akan mati cepat kerana berjiwa suci. Maka ayuhlah kita mendoakan pemergiaan mereka dengan segera ke alam baqa.
8.       Bawak kereta suka ‘brake-brake’

Bukan break-dance dan bukan juga Brad Pitt. Kejahanaman pemandu-pemandu yang begitu gemar memijak pedal brake ketika sedang memandu di jalan yang kosong, lurus dan tiada halangan, begitu menjengkelkan dan meloyakan tekak pemandu yang terpaksa mengikut di belakang pemandu bangang begitu. Sudahlah jalan di hadapan kosong tiada kenderaan di hadapan mereka, bawa pula kejap laju kejap perlahan. Tiada angin tiada ribut, sikit-sikit brake, sikit-sikit brake. Apa bontot kenderaan kau dah lapar nak kena sondol dengan jengkaut ka? Sila bawa laju-laju dan masuk ke dalam parit. Semoga kenderaan yang suka sangat ditekan pedal brake nya itu akan brake buat selamanya.

9.       Suka memandu perlahan untuk tengok kemalangan di tepi jalan

Inilah dia sikap keprihatinan yang amat menebal dalam diri para pemandu kenderaan di Malaysia yang amat suka memandu perlahan hingga jalanraya di belakang jadi sesak/jammed hingga jutaan kilometer jauhnya. Bukannya turun membantu, tapi sekadar memandang. Mungkin kerana ingin menjiwai peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, puluhan juta pemandu Malaysia amat gemar memandang segala kemalangan yang berlaku di tepi jalanraya. Maka mereka inilah yang menjadi batu penghalang ke-produktivitian rakyat Malaysia yang lain dengan menyesakkan jalanraya. Semoga mereka juga akan kemalangan supaya orang lain pula dapat memandang dan tengok mereka.

10.   Membuang sampah keluar tingkap di atas jalanraya

Membuang sampah seperti plastik, botol air, tin-tin kosong serta sampah-sampah lain (puntung rokok dimaafkan sebab cukai yang terlalu tinggi dibayar oleh para perokok kepada kerajaan) adalah salah satu amalan jijik yang diwarisi oleh sejenis beruk yang baru berevolusi menjadi manusia. Mungkin rupa sahaja macam manusia tapi pemikiran dan siviknya sama macam beruk, monyet ataupun babi hutan. Ini kerana beruk, monyet dan babi hutan yang hidup liar di hutan sana semuanya tidak perlu fikir tentang kebersihan dan kesucian alam sekitar. Jikalau pemandu kita suka membuang sampah merata-rata di atas jalanraya, apakah bezanya dengan babi hutan yang menyondol taik di dalam limbah? Kedua-duanya adalah pengotor bukan?
 14 Comments
 5 Comments

+ comments +5 comments

October 1, 2014 at 1:34 AM
ada lagi, pandu terlalu laju melebihi had laju yang ditetapkan
October 1, 2014 at 2:03 AM
Hahahah
October 1, 2014 at 2:32 AM
Setuju sgt...semua yg kt ats nie pnh lalui sakit hati sgt2..
October 1, 2014 at 6:57 AM
11. Pemandu A itu amat kebodohan mengikut jalan yg straight , malang pemandu B berhenti kerana mau membelok kanan tetapi pemandu A beri pemandu B jalan dulu sedangkan pemandu A itu jalan yang straight n kereta belakang sedang laju jalan yg straigt dengan break yg mengejut kerana pemandu A tetiba berhenti , beri pemandu B jalan dulu ... JPJ tidak pernah ajar sebegitu ! Mungkin nampak sangat lah pemandu A itu tiada lesen !
October 1, 2014 at 11:15 AM
Di lebuh raya bila ada kereta nak memotong sila tukar haluan dgn berhati2 dan jangan brek melulu sebelum mengubah haluan mungkin dah gila bontot nk kene sondol ..

Post a Comment

Support : Creating Website | Ujang Template | Ujang Template
Copyright © 2014. IniBlogBerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Ujang Template
Proudly powered by Blogger

VIDEO: HARIMAU SEBAGAI AHLI KELUARGA

Teringat kepada kisah lelaki yang terjeut kandang harimau dah dibaham memang menyeramkan. Siapa tidak tahu harimau dengan sifatnya yang memang garang dan pemangsa yang ganas.

Bagaimanapun berlainan pula dengan satu keluarga di Brazil ini. Orang lain sibuk melarikan diri bila ternampak harimau mereka pula tinggal bersamanya malah menganggap harimau itu adalah sebahagian daripada ahli keluarga.

Walaupun ia seekor harimau tetapi ia dilayan tidak ubah seperti haiwan belaan lain yang mana boleh bergerak bebas di ruang tamu, dapur, kolam renang dan sebagainya termasuklah bersiar-siar.
Ini adalah satu bukti yang mana haiwan liar memang seperti harimau ini boleh dijinakkan. Setiap benda hidup tahu juga apa itu erti kasih sayang, sahabat dan tidak lupa juga musuh.

Tuesday, 30 September 2014

KOTA BHARU - Padah buat seorang jurujual aksesori telefon apabila dihukum penjara 11 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah atas tuduhan rogol, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, yang berusia 28 tahun, didakwa merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun 11 bulan di alamat Kampung Bechah, Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 pagi, 26 April, tahun lalu.

Hukuman diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan selepas kes berkenaan melalui satu perbicaraan penuh.

Sebelum hukuman diputuskan pada prosiding, peguam bela, Karmazubi Shaari bagi pihak anak guamnya merayu hukuman minimun dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor usianya yang masih muda.

“Berdasarkan keadaan sekeliling kejadian berlaku mungkin atas kerelaan mangsa, bagaimapun tertuduh menginsafi dan memdapat pengajaran sepanjang kes ini dijalankan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Nor Hamizah Ghazali bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan hujahan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah satu jenayah serius.

“Seperti mana peruntukkan undang-undang mengikut seksyen ini, tertuduh boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

“Isu keadaan sekeliling ketika kejadian berlaku tidak terpakai dalam kes ini kerana mangsa hanya berusia 15 tahun 11 bulan. Kepentingan awam hendaklah diambil kira selain mempertimbangkan jumlah kes rogol yang setiap kali dilaporkan melibatkan pelajar dan remaja bawah umur,” katanya.