Saturday, 13 September 2014

Sewa rumah sepanjang hayat
Sewa rumah sepanjang hayat
Antara peserta yang memberikan pendapat semasa program diadakan.
KANGAR - Pemuda Umno Perlis berharap Baitulmal Perlis akan mengkaji mengenai bantuan perumahan yang diberikan kepada golongan miskin turut dapat diperluaskan kepada golongan muda yang kurang berkemampuan.

Ketuanya, Syed Atief Syed Abu Bakar berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, wang zakat yang dikumpulkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terdapat lebihan setiap tahun.

Katanya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi membantu golongan muda yang berusia 20-an ke atas yang sudah berkeluarga.

“Baitulmal hanya membantu golongan belia miskin berkeluarga yang berusia 35 tahun ke atas, oleh itu kami menyarankan supaya syarat penerima bantuan dilonggarkan sedikit kepada belia berusia 20-an yang tergolong dalam golongan asnaf.

“Ini kerana ramai anak muda gagal memiliki rumah dan terpaksa menumpang di rumah ibu atau mertua selepas mendirikan rumah tangga, malah ada yang terpaksa menyewa rumah sepanjang kehidupan mereka,” katanya semasa menjadi panel Program Sembang Anak Merdeka anjuran Mahasiswa Sekolah Pemikir Jalanan yang diadakan di Restoran D’Dapur Ibuku di sini, kelmarin.

Turut menjadi panel pada program ini ialah Adun Indera Kayangan, Chang Min Kai dan dipengerusikan oleh setiausaha pertubuhan berkenaan, Nur Fatehah Radzi.

Program sembang selama tiga jam itu menyentuh definisi Merdekakah Aku dari pelbagai sudut termasuk kekangan anak muda untuk memiliki rumah di tanah air sendiri.

Syed Atief mengemukakan cadangan bantuan rumah Baitulmal sebagai satu alternatif bagi memudahkan golongan muda kurang berkemampuan mendapatkan rumah.

Bagi Min Kai pula, beliau mentafsirkan kesukaran untuk membeli rumah sebagai cabang jajahan polisi kerajaan yang boleh ditukar mengikut kesesuaian.

Menurutnya. sebagai negara demokrasi, rakyat berhak memiliki rumah setelah  berusaha dan memiliki pendapatan yang lumayan.

“Namun bagi yang kurang bernasib baik, ada orang muda yang terpaksa menyewa rumah sehingga ke akhir hayat dan adakah itu kita boleh tafsirkan sebagai Merdekakah Aku.

“Sekiranya PR yang mengambil alih pimpinan negara, mungkin akan ada satu bentuk polisi lain pula yang akan diketengahkan, tetapi ini semua bergantung kepada kita sebagai rakyat menentukan kehidupan yang dipilih sendiri sama ada ia menjamin masa depan atau sebaliknya,” katanya.

Semasa program terbabit, beberapa peserta turut mengutarakan pendapat masing-masing berkaitan merdeka yang turut dikaitkan dengan aktiviti ekonomi negara dengan Israel serta isu perkauman mengenai hak keistimewaan orang Melayu.
Lebih 2,000 rumah kos rendah dibina di Kelantan
TUMPAT - Kerajaan Persekutuan akan membina lebih 2,000 unit rumah kos rendah di negeri ini sebagai usaha membantu rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.
  
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu akan dibina di Tanah Merah, Kota Baharu dan Machang.
  
Projek di kawasan berkenaan dijangka mula dibina akhir tahun ini manakala PPR di Gua Musang telah siap dibina dan dalam proses memuktamadkan senarai penghuni.
  
"Kini ia (PPR Gua Musang) dalam proses muktamadkan senarai penghuni," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan  Kebakaran 'Pintu ke Pintu' di Kampung Geting di sini, hari ini.
  
Katanya, rumah berkenaan disediakan untuk golongan berpendapatan rendah dengan kadar sewa sebanyak RM124 sebulan.

Pada majlis berkenaan, Abdul Rahman turut menyerahkan sebuah lori tangki air yang bernilai RM1.4 juta seunit untuk kegunaan Bomba Kelantan.
  
Katanya, 100 lagi lori tangki akan di serahkan kepada Bomba di seluruh negara secara berperingkat.
  
Abdul Rahman berkata kerajaan negeri perlu memberi kerjasama bagi membolehkan pihaknya menyediakan lebih banyak rumah kos rendah di negeri ini.
  
"Kita terpaksa membina rumah di kawasan tanah swasta dan kos beli tanah swasta agak tinggi sedangkan bajet berkenaan boleh digunakan untuk membuat lebih banyak rumah kos rendah di Kelantan.
  
"Saya ingin kerajaan negeri mengutamakan perumahan mampu milik terutama di kawasan bandar," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan menyediakan kaunter khusus di balai-balai bomba seluruh negara bagi memudahkan mangsa kebakaran menguruskan segala dokumen yang telah hilang.
  
"Kita akan wujudkan kaunter khusus untuk mangsa kebakaran mendapatkan kembali salinan asal kad pengenalan, sijil kahwin dan sebagainya.
  
Ini kerana sudah tentu bomba mengetahui latar belakang  kebakaran tersebut dan boleh membantu pihak polis mengesahkan dan  mempercepatkan permohonan mereka,' katanya.
  
Turut hadir Timbalan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Keselamatan Kebakaran Datuk Rusmaini Muhamad, Ketua Bomba Kelantan Azmi Osman dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail.
  
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN yang meninggal dunia 20 Ogos lepas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September sebagai tarikh penamaan calon dan 25 September sebagai hari mengundi. - Bernama
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Berteduh di rumah sempit
Berteduh di rumah sempit
Azmi menyampaikan sumbangan kepada Kamaruddin di Kampung Pengkalan Nyireh, semalam.
KAMPUNG RAJA – Sepasang suami isteri bersama empat anak mereka berusia antara 2 hingga 7 tahun hanya mampu tinggal di dalam sebuah rumah kecil bersaiz kira-kira 4 meter persegi akibat kesempitan hidup.

Pasangan itu, Kamaruddin Azmi, 32 dan Suhaila Mat Idris, 27, tinggal bersama empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini.

Menurut Kamaruddin, rumah didiaminya kini dibina sendiri di belakang rumah nenek Suhaila.

Namun katanya, akibat terlalu sempit, mereka sekeluarga terpaksa menggunakan ruang sama untuk tidur dan memasak sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak mampu bina rumah kerana tak ada kerja tetap, hanya mencari lokan di sungai berdekatan dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM30 sebulan,” katanya.

"Malah, selama ini saya tidak pernah memohon bantuan melalui JKKK kerana masih mempunyai kudrat untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, kata Suhaila, anak sulungnya kini belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah, namun kerap ponteng sekolah kerana tidak mempunyai wang belanja.

Malah katanya, anak keduanya berusia 6 tahun juga jarang ke prasekolah akibat masalah sama.

"Kadang-kadang sampai seminggu dia (anak sulung) tidak pergi ke sekolah akibat masalah kewangan.

“Malah, kami juga terpaksa ikat perut kerana beras dan lauk tiada disebabkan tidak ada wang untuk membeli keperluan itu,” katanya.

Bagaimanapun, kesempitan hidup enam beranak itu mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) yang melakukan kunjungan diketuai Penolong Pengarah Baitulmal Maidam, Azmi Tengah ke rumah mereka, semalam.

Dalam kunjungan itu, Azmi menyampaikan sumbangan tunai RM250 dan barangan makanan, selain membantu memproses untuk menimbangkan pemberian bantuan bulanan serta membina rumah baharu.

Kata Azmi, Kamaruddin merupakan seorang daripada 50 keluarga asnaf di daerah ini yang dilawati Jabatan Baitulmal Maidam melalui Program Intai Asnaf 2014, semalam.

Menurutnya, kakitangan Maidam yang turut disertai Pengarah Baitulmal Maidam, Mohd Noor Mohamad itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang bergerak ke Hulu Besut, Jabi, Kota Putera dan Kuala Besut.

“Menerusi program ini, kami turun padang mencari orang miskin yang layak menerima bantuan termasuk yang sudah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang turut disertai wakil JKKK.

Di Jabi, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Adun Kuala Besut turut serta dalam program mengagihkan bantuan tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
'Dua kali makcik ke Baitulmal'
'Dua kali makcik ke Baitulmal'
Sadak (kanan) bersama ibunya, Sapiah menunjukkan keadaan rumah yang uzur di Kampung Jelotong Laut.
PONTIAN - Seorang ibu tunggal, Sapiah Abd Rahim, 68, yang tinggal bersama anaknya yang juga ibu tunggal di Kampung Jelotong Laut, di sini, merayu agar diberikan bantuan rumah.

Keadaan rumah yang semakin uzur dengan beberapa binaan kayu yang mula mereput dan dimakan anai-anai membuatkan mereka tidak dapat tidur lena.

Keadaan Sapiah dan anaknya, Hasnah Ahmad, 40, ibu tunggal kepada enam anak bertambah sukar apabila dia mendakwa permohonan sebanyak dua kali untuk mendapatkan bantuan rumah daripada Baitulmal negeri tidak mendapat perhatian sepatutnya.

Menurut Sapiah, selepas kematian suami empat tahun lalu, dia tidak punya pendapatan untuk membaiki rumah pusaka berusia lebih 20 tahun itu yang dibina sendiri arwah suaminya.

“Makcik pernah memohon bantuan rumah daripada Baitulmal, tiga tahun lalu dan anak lelaki mak cik membuat permohonan kali kedua setahun selepas itu.

“Bila hujan sahaja, rumah ini selalu dinaiki air sebab keadaan rumah agak rendah," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya memandangkan mereka semua yang  bekerja sebagai mekanik, pengawal keselamatan dan pembantu kedai turut

“Selain Hasanah, seorang lagi anak perempuan makcik juga merupakan seorang ibu tunggal kepada empat orang anak, tetapi dia menetap di Johor Bahru dan bekerja sebagai pembantu kedai," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi anak lelakinya, Sadak Ahmad, 43, berkata, dia begitu sedih mengenangkan keadaan rumah yang didiami ibu bersama keluarga adiknya.

“Saya pernah membuat permohonan Baitulmal bagi bantuan rumah ibu, namun saya cukup sedih apabila alasan pemohon yang ramai diberikan kepada saya ketika mengajukan borang permohonan.

“Saya cuba untuk memohon bantuan rumah, namun saya tidak punya masa untuk berulang alik ke pejabat memandangkan kedudukan tempat kerja saya di Benut agak jauh,” katanya.

Dia turut mengakui, dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai mekanik di samping  perlu menanggung anak-anak dan isteri, dia tidak mampu untuk membina rumah baru untuk ibunya.

“Saya amat berharap agar bantuan rumah Baitulmal dapat diberikan kepada ibu dalam kadar segera,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Johor (Maij), Zakuan Mohd Bandi berkata, Sapiah merupakan penerima bantuan bulanan sara hidup Baitulmal sebanyak RM 150 sebulan.

Katanya, pihaknya telah melakukan lawatan ke rumah Sapiah pada tahun lepas bagi meninjau keadaan ibu tunggal tersebut.

“Memandangkan Sapiah telah membuat dua permohonan iaitu sara hidup dan bantuan rumah, dia telah memilih sara hidup.

“Bagaimanapun, nama Sapiah telah tersenarai di dalam pemohon program rumah rakyat termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW),” katanya.

Enam beranak tinggal dalam pondok dapat pembelaan
BESUT - Kesengsaraan enam sekeluarga tinggal dalam pondok berukuran kira-kira tiga meter panjang dan 2 meter lebar sejak enam tahun lalu bakal mendapat pembelaan.
Ini kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu telah berjanji untuk menyediakan rumah baharu dan bantuan bulanan kepada keluarga pencari lokan Kamaruddin Azmi, 32, ini.
Pondok yang didiaminya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini bersama isterinya Sulaila Idris, 22, serta empat orang anak mereka yang berumur 7 bulan hingga 7 tahun dikunjungi para pegawai Maidam hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal Maidam, Azmi Tengah yang mengetuai rombongan itu berkata pihaknya mendapati keluarga tersebut patut dibantu.

"Keluarga Kamaruddin akan dicadangkan bagi mendapatkan sebuah rumah baharu dan bantuan bulanan tetap akan disalurkan agar pasangan suami-isteri ini dapat membesarkan anak-anak mereka dengan baik demi masa depan anak-anak mereka," katanya.  

Beliau berkata di bawah Program Intai Asnaf, Maidam akan membantu golongan miskin melalui wang zakat kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Menceritakan tentang kemiskinannya, Kamaruddin berkata beliau dan isterinya tinggal di rumah pondok itu yang dibina dengan batu jongkong di atas tanah milik bapa mentuanya sejak mereka berkahwin.

Beliau menyara keluarganya dengan mencari lokan di sungai untuk dijual di pasar dengan harga RM8 sekilogram.
Setakat ini keluarganya tidak mendapat sebarang bantuan kerana permohonannya untuk mendapat bantuan sering ditolak atas alasan umurnya masih muda untuk mengharapkan bantuan, katanya. - Bernama
'Saya dah tak cukup masa lagi'
Saya dah tak cukup masa lagi
Keadaan kesihatan Muhammad Ilyas semakin meruncing dan tidak menentu.
IPOH – “Saya dah tak cukup masa, dalam tempoh dua bulan ini saya perlu kumpul wang untuk pembedahan...itu saja jalan untuk menyelamatkan anak saya,” luah Sazariah Abdul Aziz.

Sazariah, 32, berkata, keadaan anak bongsunya, Putra Muhammad Ilyas Rahizalkhiri, 2, yang mengidap penyakit Biliary Atresia (hempedu), semakin hari semakin tidak menentu.

Menurutnya, daripada RM150,000 kos pembedahan yang diperlukan, dia kini hanya mampu mengumpul sekitar RM30,000 hasil wang simpanan dan sumbangan rakan serta orang ramai.

“Kami masih gigih untuk mengumpul wang pembiayaan ini, harap dalam tempoh dua bulan ini kami dapat sediakan wang secukupnya.

“Saya tak dapat bayangkan jika lebih lama tempoh diperlukan untuk pembedahan ini,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki yang mesra dipanggil Ilyas mula dikesan mempunyai masalah saluran hempedu dari luar hati sejak Mac lalu, apabila mengalami  pendarahan tanpa henti.

Keadaan itu menyebabkan anak bongsu daripada enam beradik yang dulu sentiasa riang ini berubah lesu dan sering menangis.

Sazariah berkata, berdasarkan nasihat doktor, mereka kini perlu menyegerakan pembedahan pemindahan hati bagi memulihkan keadaan Ilyas yang dijadualkan dilakukan di India.

Katanya, berdasarkan keadaan itu, dia sendiri akan menjadi penyumbang yang akan mendermakan hati kepada anaknya, memandangkan pencarian penderma selama enam bulan ini, masih gagal.

“Untuk mencari penderma yang sesuai agak payah, apatah lagi Ilyas berdarah O, setakat ini, hanya saya yang layak. Saya tak kisah itu semua, asalkan anak saya mampu pulih seperti dulu,” katanya.

Bapa Ilyas, Rahizalkhiri Rahim, 39, berkata, selain rawatan susulan, mereka juga mencari alternatif dengan memberikan makanan tambahan bagi mengurangkan ‘kesan’ penyakit dialami.

Dia mengakui, sebagai pesara tentera yang kini hanya terlibat dalam kerja kontrak berunsur kebajikan dan khidmat sosial, tidak mampu untuk menampung kos rawatan anaknya itu.

Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan mengenai Ilyas melalui laman Facebook, Putra Muhammad Ilyas - Billiary Atresia, ditubuhkan sendiri Sazariah yang sebelum ini berkecimpung dalam perniagaan atas talian.