Wednesday, 23 July 2014

Rahsia nafsu songsang terbongkar
Wan Abd Aziz Wan Hamzah
Wan Abd Aziz
KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.
7 sekeluarga nekad minum racun
Cubaan bunuh diri beramai-ramai selepas pihak berkuasa cuba merobohkan rumah mereka.
GARA-gara berang dengan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkan kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukan percubaan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.
TAIPEI - TAIWAN. Sekurang-kurangnya 51 terkorban, semalam selepas sebuah pesawat gagal mendarat cemas dalam cubaan kali kedua di lapangan terbang Magong berikutan cuaca buruk.

Agensi berita tempatan melaporkan pesawat TransAsia Airways yang membawa 54 penumpang termasuk empat kru dari ibu negara itu sedang menuju ke Pulau Penghu, lapor AP.

"Pesawat GE222 itu terbakar sejurus ia terhempas.

"Seramai tujuh penumpang yang melecur teruk kini dirawat di hospital berhampiran," menurut laporan tersebut.

Difahamkan, juruterbang hadapi kesukaran untuk melakukan pendaratan cemas akibat taufan Matmo melanda kawasan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan punca sebenar nahas masih disiasat.
Tukang urut disyaki cabul
TRIANG - Polis sedang mencari seorang tukang urut lelaki yang dipercayai cuba mencabul kehormatan seorang pelanggannya semasa proses perubatan dijalankan.

Ketua Polis daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, mangsa seorang wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 4.20 petang kelmarin.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 petang semalam (kelmarin) semasa wanita terbabit mendapatkan rawatan di premis tersebut.

“Mangsa mendakwa tukang urut terbabit cuba mencabul kehormatannya semasa dia dalam keadaan meniarap dalam usaha untuk memulihkan kesakitan pada pinggangnya,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum menjumpai tukang urut itu selepas menerima laporan kerana lelaki itu dipercayai melarikan diri.

Difahamkan, premis yang menjalankan perkhidmatan perubatan tradisional itu memiliki lesen perniagaan sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda serta sebat atau kedua-duanya sekali.

Monday, 21 July 2014

DALAM NEGERI

Ahmad Hakimi terselamat tragedi MH370 terkorban jua


AHMAD Yakob (kiri) menghulurkan sumbangan kepada Daud Ahmad di Kedai Melor, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 20 Julai - Ketika tragedi MH370 Mac lalu, Daud Ahmad, 80, begitu lega selepas cucunya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang sepatutnya bertugas, digantikan pada saat akhir oleh pembantu juruterbang lain sekali gus menyelamatkan nyawanya.
Saat itu dia begitu bersyukur, namun takdir menentukan cucu kesayangannya yang terselamat dalam tragedi lalu akhirnya 'tetap' terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Daud yang reda dengan pemergian cucunya itu berkata, selepas kejadian MH370, Ahmad Hakimi pernah memberitahunya, bahawa dia sepatutnya bertugas pada hari kejadian, 8 Mac lalu.
"Saat itu saya begitu lega. Sekiranya cucu saya bertugas pada hari itu dia (Ahmad Hakimi) sudah pasti menjadi salah seorang mangsa.
"Namun takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17. Semua ini ketentuan Ilahi," katanya.
Daud berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di rumahnya di Kedai Melor di sini hari ini.
Tambah Daud, Ahmad Hakimi merupakan seorang cucu yang sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
Katanya, Ahmad Hakimi sering kali membantu keluarga, malah sebelum penerbangan ketika itu dia sempat meninggalkan duit kepada ibunya untuk digunakan bagi menunaikan haji di Mekah.
"Ahmad Hakimi juga sering kali mengirimkan duit kepada saya. Baru-baru ini dia turut membantu memberi duit membaiki rumah saya di kampung," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140721/dn_15/Ahmad-Hakimi-terselamat-tragedi-MH370-terkorban-jua#ixzz385TWpCNH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, 19 July 2014

Wanita maut dirempuh kereta
Wanita maut dirempuh kereta
Keadaan kereta yang merempuh sebuah restoran di Puchong Jaya, kelmarin.
PUCHONG – Malang tidak berbau apabila seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta dipandu suaminya sendiri di depan sebuah restoran di Puchong Jaya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa sebelumnya dikatakan memapah suaminya yang dipercayai menghidap strok ke bahagian tempat duduk bahagian pemandu kereta jenis Proton Saga milik mereka.

Kedua-duanya dikatakan baru selesai mendapat rawatan di sebuah pusat kesihatan terletak berhampiran.

Selepas suami duduk di kerusi pemandu, mangsa kemudian berjalan melalui bahagian depan kereta menuju ke tempat duduk penumpang.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Tan berkata, secara tiba-tiba kereta dipandu lelaki tersebut berbunyi kuat dan terus merempuh wanita berkenaan.

Akibat rempuhan, wanita terbabit terperosok di bawah kereta dan diseret beberapa meter.

Kereta tersebut kemudian terus merempuh dua meja makan terdapat dalam restoran dan berhenti selepas melanggar dinding.

“Saya jerit dengan kuat menyebabkan kesemua pelanggan dalam restoran lari bertempiaran bagi mengelak dari dilanggar.

“Wanita berusia lingkungan 70-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi manakala suaminya terus kelihatan trauma,” katanya.

Tan berkata, biasanya dia nampak ada orang membantu lelaki tersebut mengundurkan kereta dari tempat letak kenderaan OKU selepas berkunjung ke sebuah pusat kesihatan.

Namun pada hari berkenaan katanya, lelaki tersebut memandu kereta bersendirian.

“Kejadian berlaku dengan pantas sekali sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi,” katanya.

Ketua Polis Derah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad mengesahkan kejadian.

Thursday, 17 July 2014

Pegawai Amerika percaya pesawat Malaysia ditembak oleh peluru berpandu darat-ke-udara

Cetak
WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.

Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS. 
“Kita sedang mengkaji semua analisis ini,” kata seorang pegawai. 

Tetapi besar kemungkinan pesawat itu terkena peluru berpandu darat-ke-udara, kata pegawai berkenaan. 

“Itu yang kami percaya,” katanya.- AFP